19 Mei 2012
Browse » Home »
abu hurairah
» Warisan pusaka Nabi (s.‘a.w) adalah sadaqah
Warisan pusaka Nabi (s.‘a.w) adalah sadaqah
Diposting oleh
cerdas alquran | Pada 18.56
Al-Bukhari dan Muslim menceritakan suatu riwayat yang sampai kepada Abu Hurairah bahwa Nabi (s.‘a.w) bersabda:
“ Warisan pusakaku tidak akan dibahagikan seperti dinar, apa saja yang aku tinggalkan selepas ini, peruntukan isteri-isteri dan hamba-hambaku adalah berupa sadaqah.”
Kritikan
Terdapat riwayat hadith yang diceritakan dari Abu Bakr seorang saja dari Nabi (s.‘a.w) yang menentang warisan pusaka Fatimah al-Zahra’ (‘a.s) seperti yang dinyatakan oleh kedua-dua orang tokoh hadith, al-Bukhari dan Muslim menerusi sumber-sumber yang sampai kepada ‘A’isyah yang berkata: Fatimah (‘a.s), anak perempuan Nabi (s.‘a.w) telah mengungkapkan kata-kata berikut kepada Abu Bakr yang meminta bahagiannya dari hak warisan Nabi (s.‘a.w). Abu Bakr mengatakan: Rasulullah (s.‘a.w) telah bersabda: Kami para nabi tidak diwarisi, apa saja yang kami tinggalkan adalah berupa sadaqah.”
Fatimah al-Zahra’ (‘a.s) merasa sungguh sedih terhadap sikap Abu Bakr dan enggan bercakap dengannya sehingga beliau (‘a.s) wafat. Sewaktu beliau wafat, suaminya mengebumikan jenazahnya pada waktu malam (menurut kehendak wasiatnya) dan Abu Bakr tidak diizinkan menghadirinya.
Sebagai hujah Fatimah (‘a.s) terhadap hadith yang dikemukakan itu, beliau menanyakan: Adakah engkau (Abu Bakr) dengan sengaja meninggalkan kitab Allah dan mengenepikannya sedangkan Allah telah berfirman:
“ Dan Sulayman telah mewarisi Dawud.”
Begitu juga doa Zakariyya:
“ Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya‘qub dan jadikanlah dia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai.”
Allah menjelaskan:
“ Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anakmu, yaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan….” serta
“ diwajibkan ke atasmu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika dia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya secara ma‘ruf, (ini adalah) kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.”
Hujah-hujah Fatimah (‘a.s) jelas membuktikan bahwa hadith tersebut bercanggah dengan al-Qur’an. Kesedihannya terhadap tindakan Abu Bakr, keengganannya berbicara dengannya, penolakannya untuk membenarkan Abu Bakr menghadiri pemaqaman jenazahnya membuktikan tentangannya terhadap kebenaran hadith itu.
Seterusnya, menurut catatan al-Bukhari dikatakan bahwa semasa zaman Khalifah ‘Umar, ‘Ali (‘a.s) dan ‘Abdullah ibn al-‘Abbas telah mengemukakan perkara itu bersama-samanya sementara ‘Uthman, ‘Abd al-Rahman, Zubayr dan Sa‘d pula mengakuinya dan dia (‘Umar) mengatakan kepadanya: Adakah kamu tahu bahwa Nabi (s.‘a.w) pernah bersabda: Kami para nabi tidak diwarisi, apa yang kami tinggalkan adalah berupa sadaqah.” Mereka tidak dapat berbuat apa-apa sebaliknya hanya mengakuinya karena dalam keadaan-keadaan ini, mereka tidak mempunyai pilihan lain berasaskan penghormatan mereka kepada kedua-dua orang khalifah tersebut.
Pada zaman itu, Abu Hurairah ialah seorang tokoh yang tidak langsung dikenali dan tidak ada seorang pun memberikan perhatian terhadapnya berbanding terhadap para sahabat lain yang mempunyai keutamaan dan kebaktian yang jauh lebih banyak.
Bagaimanapun, keadaan dan masa telah berubah karena kebanyakan sahabat besar keluar menyertai ekspedisi-ekspedisi ketenteraan yang menyebabkan berlakunya penaklukan negara-negara seperti Syria, Mesir, Afrika, ‘Iraq, Iran, India dan sebagainya. Penduduk negara-negara itu telah menganuti Islam secara beramai-ramai yang karenanya, kebanyakan orang Islam mulai memasuki era baru.
Pada masa itu, Bani Umaiyyah yang kini menguasai pemerintahan tertinggi ke atas seluruh negara umat Islam dengan sengaja melaung-laungkan dan menjulang tinggi nama Abu Hurairah untuk mencapai matlamat politik mereka telah merangsangkannya menghasilkan sebarang bentuk hadith yang menyebelahi atau menyokong ketiga-tiga orang khalifah.
Dengan cara ini, Abu Hurairah keluar dari kegelapan yang sebelum itu menenggelamkannya dan dia mulai menyampaikan hadith-hadith yang disukai para pemerintah dan sekutu-sekutu mereka yang suka mengampu. Oleh itu, dia menceritakan hadith yang dibahaskan di sini dengan cara yang digemari orang ramai dan disokong pula oleh para khalifah yang mereka sukai.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar