Google info dan internet online

19 Mei 2012

Malaikat bercakap dengan ‘Umar postheadericon

Diposting oleh cerdas alquran | Pada 18.55

Al-Bukhari  bercerita mengenai keutamaan ‘Umar, menerusi sumber-sumber yang sampai kepada Abu Hurairah bahwa Nabi (s.‘a.w) dikatakan bersabda: 

“ Sebelum kamu, terdapat beberapa orang di kalangan Bani Isra’il yang biasa berbicara dengan malaikat, walaupun mereka bukan nabi, dan sekiranya ada orang yang seperti itu di kalangan umatku, maka dia ialah ‘Umar…”

    Sekali lagi al-Bukhari  menceritakan menerusi para perawi yang berakhir dengan Abu Hurairah bahwa Nabi (s.‘a.w) dikatakan bersabda:

“ Terdapat di kalangan umat nabi-nabi sebelummu, sahabat dalam berbicara (dengan malaikat) dan sekiranya ada orang yang seperti itu di kalangan umatku ini, tentulah dia ialah ‘Umar.”

Kritikan

    Terbukti ini di antara hadith-hadith palsu yang direka atas desakan politik dan keburukan zaman itu dengan tujuan untuk mengangkat kedudukan Abu Bakr dan ‘Umar hampir dengan kedudukan Nabi (s.‘a.w) dan dengan tujuan untuk merendah-rendahkan keutamaan dan kedudukan ‘Ali (‘a.s) yang tinggi sebagai pengganti Nabi (s.‘a.w) yang benar-benar layak. Cukuplah dikatakan bahwa sekiranya Abu Hurairah meriwayatkan hadith ini pada zaman ‘Umar, tali sebat khalifah tentunya akan singgah di belakang badannya. Tetapi selepas ‘Umar, jalan terbuka luas baginya untuk melakukan apa saja yang disukainya untuk menggembirakan majikannya, Mu‘awiyah.

    Selanjutnya, diketahui umum di kalangan para sarjana dan ilmuan bahwa orang-orang dari kalangan umat terdahulu yang menikmati kedudukan tinggi dapat bercakap dengan malaikat terdiri sama ada nabi-nabi atau para penggantinya. Dalam apa keadaan, mereka adalah manusia ma‘sumun (terpelihara dari dosa) sementara itu, biarpun seluruh kedudukannya yang mulia dalam siyasah Islam sebagai seorang khalifah yang keras, ‘Umar bukanlah seorang nabi atau pengganti nabi, dan bukan pula seorang yang ma‘sum dan terlepas dari kesalahan. Oleh yang demikian, tidak timbul persoalan malaikat bercakap dengannya dalam keadaan sebenar, mahupun dalam bentuk gambaran semata-mata.

0 komentar:

Posting Komentar