Google info dan internet online

19 Mei 2012

Sokongan Bani Umaiyyah terhadap Abu Hurairah postheadericon

Diposting oleh cerdas alquran | Pada 18.36

Bagaimana  Bani  Umaiyyah mempergunakan  Abu  Hurairah untuk mencapai tujuan mereka dapat diperhatikan dengan jelas sekiranya  ditinjau keadaannya  sebelum mereka berkuasa dan semasa mereka  berkuasa. Sebelum Bani Umaiyyah menduduki tampuk pemerintahan, Abu Hurairah merupakan seorang yang hina dan merempat, mencari kutu di bajunya seperti  yang dicatatkan oleh Abu Nu‘aim mengenai  Abu  Hurairah dalam kitabnya, Hilyat al-Awliya’.  Semasa pemer¬intahan  Bani Umaiyyah, keadaan Abu Hurairah berubah sama  sekali setelah mereka mengeluarkannya  dari  kegelapan kejahilan kepada  kemuliaan, memakaikannya dengan pakaian  sutera  bersulam benang emas atau perak dan kain kapas yang bermutu.
Mereka membina istana untuknya di al-‘Aqiq untuk didiami dan mengurniakannya berbagai-bagai  kesenangan.  Mereka  menyebarkan kemasyhurannya ke merata-rata tempat dan menjulang namanya tinggi sehingga  dia dilantik sebagai gabenor tanah suci  Madinah.  Semua ini dicatatkan  dalam kitab-kitab yang mu‘tabar seperti Sahih  al-Bukhari,  Tabaqat Ibn Sa‘d, al-Isabah Ibn Hajar,  al-Ma‘arif  Ibn Qutaybah, Musnad Ahmad ibn Hanbal dan sebagainya.
Kemuncaknya  adalah pada zaman keagungan Bani Umaiyyah,  dia mengahwini  Busrah bint Ghazwan bin Jabir bin Wahb  al-Mazaniyyah, saudara perempuan ‘Utbah bin Ghazwan, tokoh perang yang  terkenal pada zaman Khalifah ‘Umar yang menjadikannya sebagai ketua dalam beberapa sariyyah (ekspedisi) ketenteraan dan kemudian melantiknya  sebagai gabenor Basrah. Abu Hurairah berkahwin dengannya selepas kematian ‘Utbah.  Perlu juga dinyatakan bahwa pada mulanya, Abu Hurairah biasanya menjadi hamba kepadanya semata-mata untuk mendapatkan makanan dan dia tidak  pernah terfikir  akan  berkahwin  dengannya. Cerita-cerita  mengenainya boleh didapati dalam  beberapa buah  kitab  sejarah seperti  al-Isabah Ibn Hajar, Hilyat al-Awliya’ Abu  Nu‘aim,  Tabaqat Ibn Sa‘d dan lain-lain yang memperlihatkan bahwa dalam  beberapa peristiwa, Abu Hurairah mengatakan pada mulanya,  biasanya dia memberikan khidmatnya kepada Busrah bint Ghazwan ketika dia memerlukan sesuatu  darinya seperti menaikkannya ketika dia hendak  me¬nunggang  dan menyambutnya  ketika dia  pulang,  tetapi  selepas mengahwininya, Abu Hurairah  tetap melakukan  tugas  yang  sama kepadanya

0 komentar:

Posting Komentar