Google info dan internet online

19 Mei 2012

Peranan Abu Hurairah menyokong Bani Umaiyyah postheadericon

Diposting oleh cerdas alquran | Pada 18.37

Para  pemerintah  Bani Umaiyyah  begitu  memperhambakan  Abu Hurairah dengan pelbagai kurniaan sehingga dia menjadi  penyampai dakyah  mereka dalam pemerintahan Islam sebagai pemerintah  yang berhak dan memberikan sokongan dalam semua cita-cita politik  dan aktiviti mereka.  Oleh  itu,  di  satu pihak dia  merekacipta  hadith-hadith  yang menceritakan kelebihan mereka, manakala di dalam  hadith-hadith yang  lain pula, memuji-muji  kedua-dua orang khalifah  yang terdahulu menurut  citarasa   Mu‘awiyah  dan  puak  penderhakanya  yang bertujuan menentang ‘Ali (‘a.s) dan Ahl al-Bait Rasulullah  (s.‘a.w)  yang tidak mungkin dapat dicapai tanpa mengangkat kedudukan kedua-dua  orang khalifah tersebut.
Berdasarkan  kitab Syarh Nahj al-Balaghah,  Abu Ja‘far al-Iskafi telah menyatakan bahwa Mu‘awiyah menugaskan  beberapa orang sahabat dan tabi‘in meriwayatkan  ha¬dith-hadith yang mencaci ‘Ali (‘a.s) dan mendesak orang ramai supaya  menjauh¬kan  diri mereka darinya  serta memaksa  mereka melakukan  sesuatu mengikut kehendak dan keinginannya, dan mereka menciptakan apa saja yang dihajatkan untuknya. Golongan ini terdiri dari Abu Hurairah, ‘Amr bin al-‘As,  al-Mughirah  bin Syu‘bah dari kalangan sahabat, manakala ‘Urwah  bin al-Zubayr dan lain-lain dari kalangan tabi‘in.
Dalam kitab tersebut,  Abu Ja‘far al-Iskafi  berkata: Pada  tahun al-Jama‘ah (‘Am al-Jama‘ah), Abu Hurairah  telah datang  ke ‘Iraq  bersama-sama dengan Mu‘awiyah dan terus ke masjid Kufah. Apabila dia melihat orang ramai datang menyambutnya, dia pun berlutut dan selepas batuk beberapa kali, dia pun berkata: “ Wahai para penduduk ‘Iraq, apakah kamu sekalian menyangka aku  berdusta  kepada  Allah dan Rasul-Nya  dan sanggup  membakarkan  diriku dengan  api  neraka? Demi Allah, sesungguhnya  aku  mendengar Rasulullah (s.‘a.w) bersabda:

“ Setiap nabi mempunyai tanah haram, dan sesungguhnya Madinah adalah tanah haramku. Sesiapa yang melakukan kekotoran (hadth), laknat  Allah, malaikat dan manusia seluruhnya akan ditimpakan ke atasnya,” lalu dia berkata: “ Aku  bersaksi bahwa  sesungguhnya  ‘Ali  telah melakukan kekotoran  (ahdath)  di tanah ini.”

Ketika  kata-kata  tersebut sampai  kepada pengetahuan  Mu‘awiyah,  dia  telah memberikan hadiah  dan kemuliaan kepadanya serta melantiknya menjadi gabenor Madinah.
Diriwayatkan  oleh Sufyan al-Thauri dari ‘Abd  al-Rahman bin Qasim dari ‘Umar bin ‘Abd al-Ghaffar, semasa Abu Hurairah sampai ke Kufah bersama-sama Mu‘awiyah, dia duduk berdekatan  pintu  Kindah dan orang  ramai lalu mengerumuninya. Kemudian seorang pemuda yang datang dari Kufah, dikatakan dia  ialah al-Asbagh  bin  Nubatah,  lalu bertanya: “  Wahai  Abu Hurairah, dengan nama Allah aku ingin menasihatimu, adakah engkau mendengar Rasulullah (s.‘a.w) bersabda kepada ‘Ali bin Abi  Talib  (‘a.s): Demi  Allah, perwalikanlah orang yang mewalikannya dan  musuhilah sesiapa  yang  memusuhinya?” Kata  Abu  Hurairah: “  Demi  Allah, memang  benar.”  Lalu katanya: “ Aku  bersaksi demi Allah,  sesungguhnya  kamu  (Abu Hurairah) telah  memperwalikan  musuhnya  dan  engkau memusuhi walinya,” kemudian dia (al-Asbagh) bangun dan berlalu dari situ.
Dalam  beberapa peristiwa yang lain, Abu Hurairah  telah  menghasilkan hadith-hadith yang mempertahankan golongan munafiq dari  kalangan Bani  Umaiyyah,  bertujuan untuk menghindari keaiban  mereka  dan agar agama tetap terpelihara dari sifat kemunafikan mereka,  mana¬kala manusia seluruhnya tetap terselamat  dari  rancangan  jahat mereka. Oleh  itu, Abu  Hurairah begitu rapat  dengan  Marwan  dan Mu‘awiyah serta teman-temannya yang lain, dan dia mengatakan:

“ Aku mendengar Rasulullah (s.‘a.w) bersabda: “ Demi  Allah,  sesungguhnya Muhammad  itu  hanyalah  seorang manusia, baginda marah seperti kemarahan orang lain, seandainya terdapat orang mu’min yang pernah aku hina atau caci, hendaklah kamu membayar kifarat untuknya dan sebagai  suatu cara mendekatkan diri (qurbah)nya kepadamu pada Hari  Qiyamat.”
Sebenarnya,  Marwan dan anak-anaknya telah pergi lebih  jauh lagi dalam mengangkat kedudukan Abu Hurairah melebihi  tokoh-tokoh sezamannya  sehingga  kesannya dapat dilihat dan dirasai dengan jelas  hingga ke hari ini, karena Marwan dan  lain-lain  berusaha bersungguh-sungguh memberikan  keutamaan  kepada  semua   hadith yang direkacipta oleh Abu Hurairah sehingga ia benar-benar diterima umum.
Dalam  usaha untuk menunjukkan bahwa Abu  Hurairah  sebagai seorang perawi  hadith yang boleh dipercayai, Marwan telah  menggunakan  taktik pemutarbalikan. Dia   menyampaikan cerita dengan menyuruh   penulisnya (Zu‘aiza‘ah)  duduk di suatu tempat yang tidak  diketahui orang, sedangkan dia  sendiri  akan  mengemukakan  soalan  kepada   Abu Hurairah  dan penulisnya akan mencatatkan jawapan yang  diberikan oleh Abu Hurairah. Kemudian,  setelah setahun berlalu, Marwan  akan  menanyakan masalah-masalah yang serupa itu semula dan pada masa tersebut,  Abu Hurairah   akan  memberikan  jawapan  yang  sama. Cerita-cerita  seumpama ini disebarkan kepada golongan  elit (penduduk  Syria) sehingga ia mendapat liputan atau publisiti yang  begitu meluas,  bahkan al-Hakim  sendiri menceritakan  dalam kitabnya,  al-Mustadrak. 

0 komentar:

Posting Komentar