Google info dan internet online

19 Mei 2012

Bilangan hadith Abu Hurairah yang keterlaluan postheadericon

Diposting oleh cerdas alquran | Pada 18.38

Ahli  hadith  bersepakat  bahwa  Abu Hurairah meriwayatkan jumlah hadith yang terbanyak yaitu sebanyak 5374 buah hadith. Dalam Sahih al-Bukhari saja, terdapat 446 buah hadith. Kalau  kita mengkaji hadith-hadith yang  diriwayatkan  oleh kesemua  empat orang khalifah, kita akan dapati jumlah hadith  mereka keseluruhannya kurang 27 % dari hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah secara bersendirian, karena hadith-hadith dari riway¬at Abu Bakr berjumlah 142, ‘Umar berjumlah 537, ‘Uthman  sebanyak 146  dan ‘Ali (‘a.s) sebanyak 586, dengan jumlah  kesemuanya  1411 buah hadith,  sedangkan dari Abu Hurairah seorang saja adalah  sebanyak 5374 buah hadith diriwayatkan seperti yang telah disebutkan tadi.
Malahan  para pengkajinya sudah tentu merasa hairan  melihat perbezaan  yang sedemikian besar, terutamanya memandangkan dia agak lewat  memeluk Islam, keturunan bapa dan ibunya pula tidak diketahui, yang pasti menjadikan  jumlah hadithnya sedikit, sedangkan dari  sudut  yang lain  pula,  keempat-empat orang khalifah tersebut berada dalam  kedudukan  yang jauh  lebih  baik.
Ini  karena  mereka memeluk  Islam lebih awal,  keistimewaan mereka dengan penglibatan dalam bidang perundangan dan  kedudukan mereka  yang  baik selama lebih kurang 52 tahun, yaitu 23  tahun dihabiskan  bersama-sama Rasulullah (s.‘a.w) dan 29  tahun  lagi selepas  baginda mentadbirkan urusan umat Islam dan urusan  umat-umat yang lain, penaklukan kerajaan Kisra dan Qaisar, pembangunan bandar,  perluasan  tanah  dan  kawasan  baru,  penyebaran dakwah Islam kepada  para  penduduk  dan  negara-negara   lain, penyampaian hukum-hakam dan amalan (sunan) di kalangan mereka dan pembangunan kawasan yang luas. Bagaimana  mungkin hadith-hadith riwayat Abu Hurairah  boleh mencapai  beberapa  kali ganda melebihi  jumlah  riwayat keempat -empat orang khalifah tadi?
Abu Hurairah tidak langsung boleh disamakan dengan ‘A’isyah  walaupun dia juga banyak meriwayatkan hadith karena dia dikahwinkan dengan Rasulullah (s.‘a.w) 10 tahun sebelum Abu Hurairah memeluk Islam. Oleh itu, dia berada di tempat penurunan wahyu dan al-Qur’an serta tempat pertemuan malaikat Jibril dan Mika’il selama 14 tahun dan hanya meninggal dunia sedikit lebih awal daripada Abu Hurai¬rah.
Kedua-dua  tokoh  tersebut berbeza  dalam  persahabatan  dan persaksian  dengan Rasulullah (s.‘a.w).  Dalam   persahabatan, perbezaannya  memang jelas manakala dalam persaksian, penyaksian ‘A’isyah  adalah serentak dengan pendengaran,  sedangkan  akalnya mengatasi pendengarannya. Pemikiran yang lebih mudah untuk menerima  dan cepat  menangkap (sesuatu). Pada ketika dia  terdengar  sesuatu, terus  saja digubah menjadikannya sebuah syair. 
‘Urwah pernah menceritakan bahwa dia tidak menemui  seorang jua  pun  yang lebih mengetahui daripada ‘A’isyah  dalam  perkara yang  berhubung  dengan ilmu fiqh, perubatan  dan syair.  Masruq menceritakan  bahwa  para pemimpin dari kalangan  sahabat  besar biasa bertanyakannya mengenai hukum fara’id. Selanjutnya, dia  mempunyai ramai pendokong  dan penyokong dalam pemerintahan Islam. Dengan bantuan mereka, dia dapat memim¬pin  suatu ketumbukan tentera yang kuat ke Basrah yang dikenali dalam sejarah sebagai Perang Jamal, bersempena unta yang  ditung¬ganginya semasa memimpin tenteranya itu.    
Di samping semua faktor tadi, jumlah hadith darinya jauh lebih  kecil bahkan hanya setengah saja daripada jumlah  hadith Abu Hurairah. Malahan    seandainya   hadith-hadith dari ‘A’isyah dicampurkan  hadith-hadith dari Umm Salamah yang hidup  lebih lama sehinggalah selepas peristiwa Karbala’, kemudian dicampurkan lagi  dengan  hadith-hadith dari semua  Ummahat  al-Mu’minin (ibu-ibu  golongan  mu’minin), juga termasuk  al-Hasan dan al-Husayn, Fatimah   (‘a.s)  serta  kesemua  empat  orang   khalifah,   jumlah keseluruhannya masih lagi kurang berbanding   dengan    yang diriwayatkan  oleh  Abu  Hurairah.  Perkara  ini tentunya boleh dianggap keterlaluan, khususnya kepada orang-orang yang berakal.
Sehubungan  dengan  itu, Abu Hurairah mendakwa  bahwa  Nabi (s.‘a.w)  telah menyampaikan hadith-hadith kepadanya yang  tidak diberitahukan  olehnya  kepada orang lain  dan karena  itu  tetap berada dalam fikirannya. Justeru, Abu Hurairah berkata: “ Aku menerima  dua kantung  berisi hadith, salah  satunya  sudah  aku kosongkan tetapi kalau aku kosongkan yang satu lagi,  tenggorokku pasti terputus.”

Abu  Hurairah  berkata  lagi: “ Kalaulah  aku  memberitahumu segala  apa yang aku tahu, tentulah orang akan  melontarkan  batu kepadaku dan mengatakan Abu Hurairah gila.” Dia berkata:  “ Kalau aku menceritakan kepadamu segala yang  ter¬pendam  dalam  diriku, tentulah manusia akan melontariku  dengan najis binatang (al-ba‘r).” Selanjutnya  dia  berkata: “ Orang ramai berkata: Wahai  Abu Hurairah, engkau sudah melampaui batas. Demi Dia yang diriku ini di tangan-Nya, seandainya aku menceritakan semua apa  yang  aku dengari  dari  Rasulullah (s.‘a.w) kepadamu,  tentulah  kamu melontariku dengan tompokan najis binatang (al-qasy‘ @ al-mazabil), kemud¬ian kamu tidak lagi dapat melihatku.” 

Dia berkata lagi: “ Aku menghafal banyak hadith  dari  Rasulullah (s.‘a.w)  yang  aku tidak sampaikan  kepadamu,  seandainya  aku menyampaikannya,  tentulah  kamu  semua  akan merejamiku  dengan batu.”

Menurut  Abu Nu‘aim,  Abu Hurairah berkata: “ Aku  menghafal lima (5) karung hadith dari Rasulullah (s.‘a.w), hanya dua (2)  karung  saja yang aku dedahkan.  Seandainya  aku dedahkan karung yang ketiga, kamu akan merejamiku dengan batu.” Tidak  dapat dipastikan kenapa Rasulullah (s.‘a.w)  menyam¬paikan  hadith-hadith  baginda kepada orang  yang  tidak sanggup mendedahkannya  kepada  orang ramai, takut pula direjami  dengan  batu atau dilontari najis binatang dan berbagai-bagai lagi. Dari sudut lain pula, menurut Ibn Sa‘d,  Abu  Hurairah  selalu  mengatakan: “  Abu Hurairah tidak pernah menyembunyikan atau menulis sesuatu apa pun. Bagaimana mungkin kata-katanya dapat dihubungkan  dengan semua omongan kosong tersebut.”
Seterusnya,  kalaulah dia tidak mendedahkan  sejumlah  besar hadith  Nabi  (s.‘a.w) karena takut direjami  dengan  batu  atau dilontari dengan najis atau kotoran, tidak mungkin dapat diterima sikap ini dengan adanya banyak hadith yang diriwayatkan olehnya. Sebagai  contoh:

Bukankah dia yang menceritakan bahwa  Nabi (s.‘a.w) lupa dan bersembahyang dua raka‘at dari sembahyang empat  raka‘at,  dan  apabila baginda ditanya  sama  ada terlupa atau memendekkannya (qasr) dengan sengaja, baginda menaf¬ikan kedua-duanya.

Bukankah dia yang menceritakan bahwa Nabi (s.‘a.w)  selalu memukul,  mencaci,  melaknat dan menyebat  orang-orang yang tidak patut menerimanya ketika sedang marah.
Bukankah dia yang menceritakan bahwa Nabi (s.‘a.w) bersabda: “ Kami lebih wajar berada dalam keraguan  berbanding  dengan Ibrahim.”
Bukankah dia yang mengada-adakan cerita tentang Nabi Lut (‘a.s) yang  dikatakan tidak beriman kepada Allah.
Bukankah dia yang menyifatkan Nabi Adam, Nuh, Ibrahim,  Musa dan  ‘Isa (‘a.s)  dengan sifat-sifat yang sama sekali tidak  layak  bagi mereka.
Bukankah  dia yang menuduh Nabi Musa (‘a.s) menampar malaikat  maut sehingga  tersembul biji matanya, dan Nabi  Musa (‘a.s)  berlari  dalam keadaan  bertelanjang melintasi kaum  Bani Israil yang melihat kemaluannya itu.
Bukankah dia yang menceritakan bahwa Nabi Sulaiman (‘a.s) menukar-kan  keputusan  ayahnya, serta enggan  meneruskan  pemerintahan menurut kehendak Allah. Oleh karena itu, dia sentiasa gagal dalam pemerintahannya.
Bukankah dia yang menceritakan tentang Allah, apa yang tidak layak sama sekali dengan-Nya sama ada berdasarkan akal yang waras atau hukum syarak seperti neraka (al-Nar) tidak akan merasa  puas sehinggalah Allah memasukkan kaki-Nya ke dalam neraka. Allah  memperlihatkan diri-Nya  kepada  manusia  pada  Hari Qiyamat  dalam  bentuk yang tidak diketahui  oleh  mereka, Dia (Allah)  kemudian berfirman: “ Akulah  Tuhan  yang  Maha Kuasa.” Mereka  berkata: “ Kami berlindung  dengan  Allah  darimu.” Kemudian Dia (Allah) akan datang semula dalam keadaan yang  dike¬tahui oleh mereka kemudian, mereka semua berkata: “ Kamukah Tuhan  kami.”
Bukankah  dia yang meriwayatkan bahwa Nabi Adam (‘a.s) diciptakan dalam  surah (bentuk) Allah atau Allah menciptakan  Nabi Adam (‘a.s)  menurut keadaan diri-Nya. Panjangnya 60 hasta (dhira‘ah) dan lebarnya  70 hasta. Abu Hurairah telah menceritakan semua hadith karut  tersebut tetapi  dia tidak pernah direjam dengan  batu,  dilontar  dengan najis binatang atau kekotoran.
Menurut  Sahih  al-Bukhari,  Abu Hurairah mendakwa, tiada seorang pun di antara para sahabat  Nabi (s.‘a.w)  yang paling banyak meriwayatkan hadith melebihi  diri¬nya,  kecuali ‘Abd-Allah bin ‘Amr (bin al-‘As) karena dia  selalu menulis sedangkan Abu Hurairah tidak menulis.
Di  sini  dia mengatakan ‘Abd-Allah  bin ‘Amr  meriwayatkan hadith dari Nabi (s.‘a.w) lebih  banyak berbanding  dengan dirinya  sendiri.  Bagaimanapun,  setelah  diteliti  kami dapati ‘Abd-Allah  hanya meriwayatkan hadith tidak lebih  dari  700 buah,  dan jumlah ini adalah kira-kira 1/8 dari hadith riwayat Abu Hurairah.
Kedudukan  ini  menunjukkan  bahwa  Abu  Hurairah  mengakui ‘Abd-Allah  bin  ‘Amr bin al-‘As mengatasinya  dalam  periwayatan hadith  pada  masa-masa  awal selepas  Nabi (s.‘a.w), sedangkan kebanyakan  hadith karutnya timbul semasa pemerintahan  Mu‘awiyah dan  bukannya pada zaman-zaman pemerintahan Abu Bakr, ‘Umar  atau ‘Ali  (‘a.s)  yang merupakan di antara tokoh-tokoh  yang  ditakuti oleh Abu Hurairah.

0 komentar:

Posting Komentar