19 Mei 2012
Browse » Home »
abu hurairah
» Nabi (s.‘a.w) memukul, menyebat,mencela dan melaknat orang yang tidak sepatutnya
Nabi (s.‘a.w) memukul, menyebat,mencela dan melaknat orang yang tidak sepatutnya
Diposting oleh
cerdas alquran | Pada 18.51
Al-Bukhari dan Muslim telah mengambil riwayat dari para perawi yang berakhir kepada Abu Hurairah secara marfu‘ bahwa Nabi (s.‘a.w) bersabda:
“ Ya Allah! Muhammad hanyalah manusia biasa. Dia marah seperti juga manusia yang lain marah. Aku telah berjanji kepadamu, janganlah kamu menentangku dalam perkara ini. Oleh itu, sekiranya ada sesiapa yang telah aku sakiti, caci, cela, laknat atau sebat, Engkau jadikanlah ia tebusan dosa (kaffarah) kepadanya dan suatu kurniaan kepadanya sebagai menghampirkan diri kepada-Mu.”
Kritikan
Tidak wajar bagi Nabi (s.‘a.w) atau mana-mana nabi yang lain menyakiti, menyebat, mencaci atau melaknat sesiapa pun yang sama sekali tidak layak menerimanya, sama ada dalam keadaan marah atau sebaliknya. Bahkan mereka tidak boleh merasa marah tanpa alasan. Sudah pastilah Allah Maha Agung untuk mengutuskan seorang nabi kepada umat manusia, yang dikuasai sifat marah sehingga sampai menyakiti, melaknat atau mencaci orang-orang yang tidak layak menerimanya, sedangkan nabi-nabi terhindar sama sekali dari berkata atau melakukan sesuatu yang boleh menghapuskan sifat ‘ismah mereka dan mereka juga tersisih dari semua perkara yang tidak sesuai kepada orang yang bijaksana.
Orang baik dan orang jahat mengetahui bahwa menyakiti, melaknat, mencaci atau menyebat orang yang tidak layak menerimanya adalah kezaliman dan kejahatan yang sewajarnya dijauhi oleh semua orang mu’min. Bagaimana mungkin perbuatan seumpama itu dikaitkan kepada ketua para nabi dan Khatam al-Nabiyyin sedangkan baginda sendiri dikatakan bersabda:
“ Melaknat orang Islam adalah suatu keburukan.”
Menurut hadith catatan al-Bukhari, Abu Hurairah menyatakan bahwa dikatakan kepada Nabi: “ Ya Rasulullah, doakanlah melawan orang musyrik. Nabi berkata: aku tidak diutuskan sebagai suatu laknat tetapi sebagai rahmat.” Demikianlah sifatnya terhadap golongan musyrik. Bagaimana mungkin baginda boleh berkelakuan terhadap orang yang tidak berhak menerimanya dari kalangan mu’min?
Tentulah hadith ini diciptakan semasa zaman Mu‘awiyah bertujuan untuk memenuhi keinginannya, mendekatkan diri kepada keluarga Abu al-‘As dan seluruh Bani Umaiyyah dan juga sebagai tindakbalas kepada Nabi (s.‘a.w) yang melaknat sekumpulan munafiq dari kalangan mereka dan ketua mereka sendiri, ketika mereka didapati menghalangi orang lain dari jalan Allah dan menyimpangkannya. Nabi (s.‘a.w) melaknat mereka dalam banyak tempat untuk memberitahu kedudukan mereka yang dilaknat dan hina agar umat Islam mengetahui bahwa mereka tidak ada sesuatu apa pun dengan Allah dan Rasul-Nya dan agama tetap selamat dari sifat nifaq mereka dan umat Islam juga terselamat dari rancanan dan komplot jahat mereka. Semua ini dilakukan oleh Nabi sebagai sebahagian dari perutusan kenabian menurut perintah Allah.
Cukup menghairankan umat Islam masih menyokong mereka walaupun mereka memainkan semua bentuk tipu helah untuk menghancurkannya. Mereka menelan Nabi, selepasnya diikuti kaum kerabatnya dengan segala kekuatan mengikut perintah mereka. Nabi (s.‘a.w) melaknat mereka agar Allah menjauhkan mereka dari rahmat-Nya dan orang-orang mu’min dari umatnya menjauhi mereka untuk memisahkan diri selama-lamanya dari kefasiqan mereka.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar