19 Mei 2012
Browse » Home »
abu hurairah
» Allah turun ke langit dunia pada setiap malam
Allah turun ke langit dunia pada setiap malam
Diposting oleh
cerdas alquran | Pada 18.43
Al-Bukhari dan Muslim telah menceritakan dari saluran Ibn Syihab dari Abi ‘Abdullah al-Aghr dan Abi Salma ibn ‘Abd al-Rahman dari Abu Hurairah yang meriwayatkan secara marfu‘ dengan berkata:
“ Tuhan kami turun ke langit dunia pada setiap malam sehinggalah tinggal 1/3 malam. Dia berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaku, Aku akan kabulkan permintaannya itu.”
Kritikan
Sesungguhnya Allah tidak berkait langsung dengan persoalan turun dan naik, datang dan pergi, bergerak dan berpindah dan semua kejadian seperti itu. Hadith ini dan tiga buah hadith sebelumnya menjadi sumber persoalan tajsim (kepercayaan bahwa Allah mempunyai jasad) dalam Islam. Golongan al-Hanabilah (bermazhab Hanbali) telah menimbulkan pelbagai bentuk bid‘ah dan penyelewengan, lebih-lebih lagi Ibn Taimiyyah yang menaiki mimbar masjid al-Umawi di kota Damsyiq pada hari Jumaat.
Dalam khutbahnya dia memberitahu beberapa bid‘ahnya menerusi kata-katanya: Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia seperti mana aku turun, dan ketika mengucapkan perkataan itu dia turun selangkah ke bawah untuk menunjukkan kepada orang ramai bagaimana cara Allah turun sebenarnya, cukup dengan segala syarat yang diperlukan untuk melakukannya seperti 0bergerak dan melangkah ke bawah.
Seorang ulama (Faqih) bermadhhab Maliki yang dikenali dengan nama Ibn al-Zahra’ menyanggah kata-katanya itu. Orang ramai bangkit menentang ulama Maliki itu dan memukulnya dengan teruk sehingga serbannya jatuh. Kemudian, mereka membawanya kepada Qadi al-Hanabilah (mazhab Hanbali) bernama ‘Izz al-Din ibn Muslim pada hari itu di kota Damsyiq yang memerintahkan supaya Ibn al-Zahra’ dipenjarakan. Dalam penjara, ulama bermadhhab Maliki yang malang ini juga didera.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar