Google info dan internet online

19 Mei 2012

Abu Hurairah disebat semasa pemerintahan dua orang khalifah yang awal karena ketidakjujurannya postheadericon

Diposting oleh cerdas alquran | Pada 18.32

Sekali lagi, nama Abu Hurairah tidak disebutkan dalam peris¬tiwa  semasa  pemerintahan khalifah-khalifah pertama  dan  kedua, kecuali  pada  tahun  21H ketika khalifah kedua,  ‘Umar  ibn al-Khattab  melantiknya  sebagai gabenor Bahrain tetapi  pada  tahun 23H, ‘Umar telah memecatnya dan melantik ‘Uthman bin Abi al-‘As Thaqafi pula untuk menggantikannya. Khalifah bukan  setakat memecat Abu Hurairah,  bahkan  juga memerintahkannya  mengembalikan sejumlah 10 000 dirham  ke  Bait al-Mal yang telah disalahgunakan olehnya. Kata-kata ‘Umar  kepada Abu Hurairah dalam perkara ini memang wajar dinyatakan di sini.

Ibn ‘Abd  al-Rabbih telah mencatatkan peristiwa  itu  dalam kitabnya, ‘Iqd al-Farid, bahwa ‘Umar ibn al-Khattab telah menghantar utusan kepada Abu Hurairah dengan kata-katanya: “ Aku mendapat  tahu semasa aku melantikmu sebagai gabenor Bahrain, kamu tidak mempun¬yai sepasang kasut pun, tetapi telah sampai kepada pengetahuanku bahwa  kamu telah membeli kuda dengan harga 1 600 dinar.”

Abu  Hurairah  memjawab: “ Aku  memperolehi  kuda  yang  cepat membiak, yang aku terima sebahagiannya sebagai hadiah.”  Kemudian ‘Umar  berkata: “ Aku akan berikan apa yang cukup bagimu.  Ini sudah melampaui batas. Berikan balik.” Dia menjawab: “ Ini  bukan hakmu.” Lalu ‘Umar  berkata: “ Demi  Allah,  aku  akan   menyebat belakangmu.” Sambil mengatakannya, ‘Umar berjalan menuju ke  arah Abu  Hurairah  dengan  tali  sebatnya  dan  menyebatnya  sehingga
berdarah. Kemudian  ‘Umar  berkata: “ Kembalikan.”  Abu  Hurairah menjawab: “ Aku akan membuat tuntutan di hadapan  Allah.” ‘Umar berkata: “ Perkara tersebut hanya akan berlaku sekiranya engkau mengambilnya dengan cara yang halal dan membayarnya dengan  baik. Aku  akan  mengembalikanmu  kepada  ibumu   (Umaimah)   seumpama pemelihara kaldai.”

0 komentar:

Posting Komentar