Google info dan internet online

19 Mei 2012

Abu Hurairah semasa zaman pemerintahan ‘Uthman postheadericon

Diposting oleh cerdas alquran | Pada 18.33

Semasa zaman pemerintahan ‘Uthman, Abu Hurairah mengabdikan  dirinya kepada keluarga Abu al-‘As dan seluruh Bani Umaiyyah. Justeru itu, dia begitu rapat dengan Marwan dan menjadi pengampu keluarga  Abi  Muit  (yaitu Bani Umaiyyah) yang meletakkan  kemuliaan kepada kehinaan dan kehormatan pula kepada kenistaan. Pada ketika ‘Uthman dikepung dalam rumahnya semasa  penentangan terhadapnya  berlaku,  Abu Hurairah turut bersama-sama dengannya  tetapi  dia hanya memasuki rumah itu selepas Khalifah (‘Uthman)  mengarahkan orang-orangnya  supaya  tidak melawan, sebaliknya  berdamai. 
Abu  Hurairah  memang  mengetahui  bahwa  orang-orang  yang memberontak  hanya menghendakinya. Inilah  yang  mendesaknya supaya terus  berada  bersama-sama dengan orang-orang yang terkepung itu. Walau apapun  keadaannya, perancangannya   yang  teliti  itu menghasilkan keputusan   yang dikehendakinya  karena  Bani Umaiyyah  dan  rakan-rakannya mulai mendengar kata-katanya dan berusaha dengan pelbagai  cara  untuk menyebarkan hadith  riwayatnya. Untuk kepentingan dirinya, Abu Hurairah akan mengada-adakan hadith  yang boleh menggembirakan  Bani Umaiyyah. Sebahagian  kecil hadith-hadith  seumpamanya  yang diriwayatkan oleh  Abu Hurairah untuk  mereka  (Bani  Umaiyyah)  dikatakan  dari sabda Nabi (s.‘a.w) seperti dikemukakan di bawah:
(1)  Setiap  nabi  mempunyai teman  rapatnya  dari  kalangan umatnya  dan  teman rapatku ialah ‘Uthman.  Semua  ulama’ hadith bersepakat menolak hadith ini karena sumber Abu Hurairah tergantung  kepada  Ishaq bin Naji yang merupakan  salah  seorang periwayat  Abu Hurairah, tetapi al-Dhahabi telah  menun¬jukkan  bahwa hadith ini ditolak dalam kitabnya Mizan  al-I‘tidal semasa perbincangan mengenai Ishaq.
(2)  Abu  Hurairah  berkata: Aku  mendengar  Nabi  (s.‘a.w) bersabda: “ ‘Uthman seorang yang pemalu sehingga  malaikat  pun turut malu kepadanya.”
(3) Diceritakan dari Abu Hurairah bahwa Nabi  (s.‘a.w) bersabda: “ Setiap nabi mempunyai teman di syurga dan temanku  di syurga ialah ‘Uthman.”

Hadith  ini  juga ditolak sama sekali.  Para pendokong  Abu Hurairah  dalam hal ini, bersumber kepada ‘Uthman bin Khalid  bin ‘Umar  bin ‘Abdullah bin al-Walid bin ‘Uthman bin ‘Affan,  yang merupakan salah seorang perawi yang mengambil hadith terus dari  Abu Hurairah  tetapi sekali lagi al-Dhahabi  membuktikan  bahwa  hadith tersebut ditolak  dalam kitabnya, Mizan al-I‘tidal yang bersumber  dari ‘Uthman bin Khalid.
(4)  Abu Hurairah berkata: “ Aku memanggil  Ruqaiyyah,  anak perempuan Rasulullah (s.‘a.w) yang juga merupakan isteri ‘Uthman semasa di tangannya ada sikat. Dia berkata kepadaku: “ Nabi (s.‘a.w)  baru saja  pergi sewaktu tadinya aku menyikatkan rambutnya.  Baginda bertanya kepadaku: “ Bagaimanakah kamu  dapati  Abu ‘Abd-Allah (‘Uthman),” lalu aku menjawab: “ Baik.” Kemudian baginda  bersab¬da: “ Muliakanlah dirinya, sesungguhnya di kalangan  sahabatku, dia mempunyai akhlak yang serupa denganku.”
Mengenai hadith ini, al-Hakim dan al-Dhahabi bersepakat  bahwa walaupun  rangkaian perawinya (sanad) tidak diragui, tetapi  kan¬dungan  hadith (matan) hadith itu tidak dapat diterima sama sekali  karena Ruqaiyyah  meninggal  dunia  pada tahun 3H,  semasa  Perang  Badr sedangkan Abu Hurairah memeluk Islam hanya  selepas  penaklukan kota Khaybar.

Dalam perkara-perkara tertentu, Abu Hurairah  cuba  menyele-wengkan  maksud sebenar hadith untuk memuji-muji seseorang dari kalangan Bani Umaiyyah. Contohnya, terdapat sebuah hadith yang diterima,  dikatakan Nabi Muhammad  (s.‘a.w) bersabda: “ Akan terjadi selepasku nanti, fitnah dan perselisihan pendapat.” Orang  ramai bertanya: “ Apakah yang tuan perintahkan kami lakukan  nanti, wahai Rasulullah?” Lalu baginda bersabda sambil mengisyaratkan kepada ‘Ali (‘a.s): “ Kamu hendaklah mematuhi Amir (ketua)  ini  dan  para sahabatnya,” tetapi Abu  Hurairah  telah mengubahkan  perkataan “ Rasulullah mengisyaratkan kepada  ‘Ali (‘a.s) ” kepada “ ‘Uthman ” untuk menggembirakan  Bani Umaiyyah termasuk keluarga Abi al-‘As, Mu‘it dan Abi Sufyan. Bani Umaiyyah telah mengurniakan hadiah yang banyak di atas cadangannya itu.

0 komentar:

Posting Komentar