Google info dan internet online

19 Mei 2012

Sikap Abu Hurairah dalam peperangan Siffin postheadericon

Diposting oleh cerdas alquran | Pada 18.35

Pada masa peperangan berlaku dengan begitu hebat di antara ‘Ali (‘a.s) dengan Mu‘awiyah, Abu  Hurairah menjadi semakin resah dan gelisah. Pada awal pergolakan itu, dia benar-benar yakin ‘Ali (‘a.s) akhirnya  akan menang. Walau bagaimanapun, dalam usahanya  menyi-sihkan  diri, dia telah cuba sedaya upaya untuk  memecahbelahkan  orang ramai dari menolong ‘Ali (‘a.s) dengan cara rahsia. Contohnya, pada  suatu hari dia menceritakan sebuah hadith  yang  bermaksud: Aku mendengar Rasulullah (s.‘a.w) bersabda:

“ Fitnah akan timbul nanti, orang  yang tetap dalam keadaan duduk adalah  lebih baik daripada orang yang berdiri (melibatkan diri), orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan, orang yang berjalan pula lebih  baik daripada orang yang berlari, dan sesiapa yang menemui tempat  perlindungan  atau tempat menyelamatkan diri  hendaklah berlindung kepadanya.” 
Abu  Hurairah tetap tidak berubah sehinggalah puak  Khawarij bangkit menentang ‘Ali (‘a.s) manakala penduduk ‘Iraq pula turut  meng-ingkarinya,  sedangkan di pihak Mu‘awiyah mendapat kekuatan  baru menerusi kekuasaannya ke atas Mesir dengan terbunuhnya  Muhammad bin Abu Bakr (bin Abi Quhafah), usahanya menimbulkan  kacau-bilau dan  huru-hara dalam kerajaan Amir al-Mu’minin ‘Ali (‘a.s),  serta penghantaran  Busr  bin  Abi Arta’at ke Hijaz dan Yaman  dengan kekuatan  tentera seramai 3000 orang untuk melakukan  apa  saja kerosakan dan kemusnahan, membunuh orang ramai, membakar,  merun¬tuhkan  tempat-tempat  suci dan menawan anggota keluarga  orang-orang mu’min sebagai suatu pengajaran kepada orang yang hidup dan menjadi bahan perbincangan generasi terkemudian.
Pada  akhir  keadaan yang tidak menentu itu,  Busr  mendapat bai‘ah  (sumpah taat setia) para penduduk Hijaz dan Yaman untuk  Mu‘awi¬yah.  Dalam  pertemuan ini, Abu Hurairah membongkarkan  apa  yang terpendam di lubuk hatinya kepada Busr dan dari situ, Busr menda¬pat tahu  bahwa Abu Hurairah memang menyokong  Mu‘awiyah  dalam usahanya mendapatkan taat setia orang ramai untuk Mu‘awiyah.
Justeru, semasa meninggalkan tempat itu, Busr  melantik Abu  Hurairah  sebagai gabenor Madinah  dan  memerintahkan  para penduduknya  mentaatinya.  Dari saat inilah, Abu Hurairah mulai mendirikan sembahyang dengan para penduduk di sana dan menjadikan dirinya sebagai gabenor sehinggalah Jariyah bin Qudamah menuju ke sana  bersama-sama  tentera berkuda seramai 2000  orang  sebagai gabenor ‘Ali  (‘a.s). Abu Hurairah melarikan  diri  dari  keadaan tersebut.  Kemudian, Jariyah mengatakan: “ Seandainya  aku  dapat menangkap “ kucing ” itu, aku akan memancung kepalanya.”
Jariyah  berada di Hijaz ketika berita  mengenai  kesyahidan ‘Ali  (‘a.s) sampai kepadanya. Oleh itu, beliau meminta  bai‘ah penduduk Madinah untuk Imam al-Hasan (‘a.s) dan kembali ke Kufah. Pada  masa ini, Abu Hurairah datang semula ke Madinah  dan  mulai bersembahyang dengan orang ramai. Bagaimanapun, dia tetap  merasa bimbang  sehinggalah seluruh keadaan telah bertukar  menyebelahi Mu‘awiyah.

0 komentar:

Posting Komentar