Google info dan internet online

19 Mei 2012

Melihat Allah pada Hari Qiyamat dengan mata zahir dalam gambaran yang berbeza-beza postheadericon

Diposting oleh cerdas alquran | Pada 18.41

Al-Bukhari,  Muslim  dan Ahmad  telah menceritakan  dari Abu  Hurairah  yang mengatakan:  Orang  ramai  bertanya  kepada Rasulullah (s.‘a.w):

“ Bolehkah kami melihat Tuhan kami  (Allah) pada  hari Qiyamat? Baginda pun lalu menjawab: “ Adakah kamu merasa  sukar atau  sakit melihat matahari yang tidak diselaputi awan? Mereka  menjawab:  “ Tidak.”  Kemudian baginda  bertanya: “ Adakah  kamu merasa sakit melihat bulan penuh  tanpa  dilindungi awan?”  Mereka menjawab: “ Tidak.” Kemudian baginda bersabda:  “ Kamu  akan dapat melihat-Nya sama seperti itu pada hari Qiyamat. Allah (s.w.t)  akan menghimpunkan semua manusia dan akan  memerintahkan mereka,  “ setiap orang hendaklah  mengikuti siapa yang disembahnya.”
Justeru  itu,  orang  yang menyembah  matahari  akan  pergi kepada  matahari,  orang yang menyembah bulan akan  pergi  kepada bulan,  orang  yang  menyembah syaitan atau iblis  akan pergi kepada iblis. 
Hanya kamu ini akan tetap bersama dengan kemunafikan mereka. Lantas,  Allah  datang kepada mereka dalam bentuk  yang  tidak diketahui  oleh  mereka.  Dia akan berkata: “  Akulah Tuhanmu.” Mereka  akan berkata: “ Kami berlindung dengan Allah  darimu. Kami  akan tetap berada di sini sehingga Tuhan kami datang kepada  kami. Apabila Dia datang kami akan dapat mengenali-Nya. Lalu Allah datang kepada mereka dalam bentuk yang  mereka ketahui dan berkata: “ Akulah Tuhanmu.” Mereka  kemudian mengakuinya: “ Kamulah Tuhan kami,” kemudian mereka menuruti-Nya dan Dia (Allah) akan membentangkan titian neraka.
Selanjutnya, Abu  Hurairah  mengatakan  bahwa   Rasulullah (s.‘a.w)  bersabda: “ Akulah orang pertama yang akan  melaluinya dengan  doa para rasul pada hari itu: “ Ya Allah, selamatkanlah, selamatkanlah,” dan dia akan mendapat duri seperti al-syauq  al-sa‘dan. Pernahkan kamu melihat al-syauq al-sa‘dan? Mereka  menga¬takan: “ Pernah.” Seterusnya,  Rasulullah (s.‘a.w) bersabda: Mereka   akan menjadi seperti duri (al-syauq al-sa‘dan) yang tidak diketahui  oleh seorang jua pun tentang besarnya kecuali Allah. Kemudian  manusia akan  diasingkan mengikut amalan-amalan mereka. Ada  di  kalangan mereka  yang akan binasa karena amalan mereka dan yang lain akan berjaya.

Apabila  Allah  selesai  membuat keputusan  di  antara  para hamba-Nya dan ingin mengeluarkan sesiapa saja dari neraka, yang mempersaksikan  bahwa “  Tiada Tuhan melainkan Allah,” Dia Allah)  memerintahkan  malaikat mengeluarkan  mereka  dan  dapat mengenali mereka dengan kesan-kesan sujud, dan diharamkan  neraka menghapuskan kesan-kesan sujud pada anak-anak Adam, malaikat akan mengeluarkan  mereka,  kemudian  air yang  dikenali sebagai  air kehidupan (ma’ al-hayah) akan dituangkan ke atas  mereka  untuk membolehkan mereka hidup seperti biji benih yang tumbuh di  sali¬ran air.
Tinggallah  seorang  lelaki  mengarahkan  terus  ke  neraka, katanya:  “ Wahai  Tuhanku, udaranya menyesakkanku,  bahangnya membakarku, jauhilah wajahku dari api. Dia  terus  merintih kepada Allah. Allah  akan  berkata: “ Seandainya  aku berikan kepadamu, engkau akan meminta yang lain pula.”  Lalu  dia berkata: “ Tidak demi kemuliaan-Mu,  aku  tidak akan meminta yang lain.” Kemudian  Allah menghindari wajahnya dari api. Selepas  beb¬erapa ketika, dia lalu berkata:  “ Wahai Tuhanku,  hampirkanlah   diriku  kepada syurga.” “ Apakah engkau sangka, engkau tidak akan meminta yang  lain  dari-Ku?  Celaka kamu, wahai  anak  Adam,  pandai engkau menipu daya. Tidak berhenti-henti dia meminta-minta lalu Allah berkata: “ Seandainya  aku berikan kepadamu, engkau akan meminta  yang  lain pula,”  dia  berkata: “ Tidak demi kemuliaan-Mu, aku tidak  akan meminta  yang  lain lagi.” Setelah bersumpah dan  berjanji  tidak akan meminta-minta lagi, Allah menghampirkannya ke pintu syurga. Apabila  dia  melihat apa yang ada di  dalamnya, dia  tetap berdiam  diri  untuk beberapa lama dan kemudian berkata  lagi: “ Wahai  Tuhanku, masukkanlah aku ke syurga,” lalu  Allah berkata kepadanya: “ Apakah  engkau fikir, engkau  tidak akan  meminta sesuatu  yang  lain nanti?
Celakalah  engkau,  wahai anak Adam,  pandai  engkau  menipu daya. Kemudian  dia berkata: “ Ya  Tuhanku,  janganlah  engkau jadikan hamba-Mu, makhluk yang paling malang.” Dia terus menyeru sehingga akhirnya Allah ketawa. Apabila  Allah  ketawa terhadapnya, Dia  pun membenarkannya masuk ke syurga. Apabila dia masuk ke dalamnya, dia akan ditanya: “ Mintalah yang ini,” dan dia akan memintanya, seterusnya dikata¬kan  kepadanya: “ Mintalah yang itu,” dan dia akan  meminta yang itu  sehinggalah  semua  permintaannya  dipenuhi.  Lantas, Allah berkata kepadanya: “ Semua ini adalah untukmu, orang-orang   lain   yang  seperti  dirinya   akan  bersama-sama dengannya.”
Muslim  menceritakan  hadith ini  menerusi  sumber  (perawi) lain.  Riwayatnya  seperti berikut: Pada  hari  Qiyamat,  Allah mendekati  umat-Nya  yang terdiri dari orang-orang baik dan orang-orang  jahat. Allah  berada dalam bentuk yang paling rendah dari apa  yang pernah dilihat oleh mereka. Dia berkata kepada mereka: “ Akulah Tuhanmu,”  mereka  menjawab:  “ Kami berlindung  dengan   Allah darimu.” Lantas  Allah  berkata: “ Adakah sebarang tanda, dengannya engkau  dapat mengenali-Nya?” Mereka berkata: “ Ya.”  Lalu,  Dia memperlihatkan tulang kering-Nya (saq). Kemudian, setiap orang yang selalu sujud kepada Allah dengan rela  akan diizinkan oleh Allah bersujud manakala  setiap  orang  yang  sujud  kepada  Allah karena  takut dan berpura-pura  akan diinjak-injak. Bagi  orang-orang  yang bersujud  akan  menundukkan  tengkok mereka  dan ketika mereka mengangkat kepala mereka, mereka  dapat melihat Allah yang mengubahkan diri-Nya kepada bentuk yang pernah mereka lihat dahulu. Lantaran itu, Dia berkata: “ Akulah Tuhanmu,” dan mereka mengakui: “ Engkaulah Tuhan kami.” Kemudian dia pergi ke titian neraka. Hadith  ini agak panjang. Al-Bukhari  telah meringkaskannya dalam tafsiran surah Nuh. Lafaznya seperti berikut: “ Aku menden¬gar Rasulullah (s.‘a.w) bersabda: Allah  akan memperlihatkan tulang  kering-Nya  (saq). Kemudian  setiap  orang yang beriman, lelaki  dan perempuan bersujud kepada-Nya tetapi orang-orang yang bersujud di dunia ini dengan berpura-pura akan tersingkir. Mereka turut bersujud tetapi kembali dengan belakang mereka diinjak-injak.”
Kritikan
Hadith  ini cukup membingungkan orang-orang yang  bijaksana. Adakah ia memperlihatkan bahwa Allah menggunakan bentuk-bentuk yang berlainan, yang boleh diakui oleh sesetengah orang sedangkan orang lain pula tidak mahu mengakuinya?
Adakah  orang  ramai  melihat  bahwa  Allah  memperlihatkan tulang   kering-Nya  sebagai suatu bukti  dengan   meninggalkan anggota-anggota badan yang lain? Adakah patut bagi Allah berpindah dari satu tempat ke  suatu tempat  yang lain agar Dia (Allah) dapat datang  menemui manusia pada  kali pertama dan seterusnya? Adakah mungkin  Allah  ketawa? Apakah   pentingnya kata-kata  seperti  itu? Adakah   ia sebenarnya sabda Nabi s.‘a.w? Demi Allah yang menurunkannya  (Nabi Muhammad  (s.‘a.w))  sebagai Nabi, hal seperti ini  tidak mungkin sama sekali berlaku

0 komentar:

Posting Komentar