Google info dan internet online

19 Mei 2012

Lembu dan serigala bercakap dalam bahasa Arab yang fasih postheadericon

Diposting oleh cerdas alquran | Pada 18.54

Al-Bukhari  dan Muslim  mengambil riwayat dari Abu Hurairah bahwa dia meriwayatkan bahwa:

“ Nabi (s.‘a.w) menunaikan salat subuh dan kemudian keluar menemui orang ramai. Sementara itu, seorang lelaki datang sambil menunggang lembu. Dia menunggang sambil memukulnya, lalu (lembu itu) dikatakan berkata: Aku tidak dijadikan untuk ini, bahkan aku dicipta untuk bercucuk tanam. Orang ramai berkata: Maha Suci Allah, lembu boleh bercakap. Nabi (s.‘a.w) kemudian berkata: “ Aku, Abu Bakr dan ‘Umar mengakui perkara ini,” sementara kedua-duanya tidak berada di situ. Pada masa itu, kelihatan seorang lelaki dengan binatang ternak, biri-biri dan kambing. Seekor serigala menyerangnya dan melarikan seekor darinya. Orang itu lalu mengejar dan mengambil balik dari serigala. Serigala berkata: Engkau merampas kambing itu dariku tetapi siapakah yang dapat menyelamatkannya dari singa, ketika tidak ada pelindung lagi kecuali aku? Orang ramai berkata: Maha Suci Allah serigala bercakap. Nabi (s.‘a.w) mengatakan: Aku, Abu Bakr dan ‘Umar mengakui hal ini, sedangkan kedua-duanya tiada di situ.”

Kritikan

Abu Hurairah kelihatan begitu bersemangat menghasilkan cerita yang pelik dan aneh. Kita telah pun melihat hadith-hadithnya tentang batu melarikan pakaian Musa, Musa menampar malaikat maut dan menumbuk sehingga terkeluar biji matanya, belalang emas jatuh ke ribaan Nabi Ayyub semasa sedang mandi dan sebagainya. Kini dia mengeluarkan cerita pelik tentang seekor lembu dan serigala bercakap kepada manusia dengan begitu bijak dan cukup menyakinkan, yang sama sekali bertentangan dengan tabiat binatang yang biasa. Sudah diketahui umum bahwa keluarbiasaan sesuatu perkara hanya boleh berlaku sebagai suatu mu‘jizat yang membuktikan kenabian dan bukanlah sebaliknya. Lembu atau serigala bercakap dalam hadith ini bukanlah dalam mana-mana keadaan yang menunjukkan mu‘jizat sebagai bukti kenabian. Sebenarnya, keadaan tersebut tidak pernah dan mustahil berlaku kepada binatang-binatang tersebut yang dikatakan dapat berkata-kata itu. Oleh itu, tidak ada sebarang alasan atau hujah untuk menerima hadith ini dan mengakui kebenarannya karena sudah menjadi prinsip yang diterima bahwa mu‘jizat-mu‘jizat tidak pernah berlaku dengan sia-sia atau tanpa sebarang tujuan yang jelas.

Selanjutnya, hadith ini tidak menunjukkan sebarang keistimewaan Abu Bakr dan ‘Umar, bahkan kelihatan sekiranya Abu Hurairah meriwayatkan cerita itu pada masa mereka hidup dan dapat mendengarnya, sudah tentu mereka berlepas diri. Abu Hurairah kelihatan agak berhati-hati untuk tidak mengucapkannya semasa mereka masih hidup dan membiarkannya sehinggalah mereka tiada. Apabila dia menceritakan hadith ini, ia menampakkan sekiranya seseorang mendustakan atau menafikannya tentulah dia akan dituduh tidak hormat kepada kedua-dua orang khalifah dan orang ramai tentu akan menentangnya.

0 komentar:

Posting Komentar