Google info dan internet online

19 Mei 2012

Beberapa perkara baru tentang Abu Hurairah postheadericon

Diposting oleh cerdas alquran | Pada 19.24

(1) Imam Ahmad ibn Hanbal dalam Musnadnya , sebuah riwayat Abu Hurairah  menerusi Muhammad bin Ziad yang berkata: Ketika Marwan menjadi gabenor di Madinah dalam zaman kekuasaan Mu‘awiyah, biasanya dia melantik Abu Hurairah menjalankan kewajibannya. Kemudian Abu Hurairah biasanya menghentakkan kakinya dan melaungkan: “ Sila beri laluan, sila beri laluan, gabenor datang, gabenor datang.”

(2) Ibn Qutaibah al-Daynawari telah menceritakan dalam kitabnya, al-Ma‘arif  mengenai Abu Hurairah dari Abu Raf‘i yang berkata: Marwan menlantik Abu Hurairah melaksanakan kewajibannya sebagai gabenor di Madinah. Dia kemudian akan  menunggang kaldai dengan meletakkan pelana keras dan menutup kepalanya dengan pelepah tamar. Sekiranya dia berjumpa seseorang, dia akan berkata: “ Tolong beri jalan, gabenor datang.” Kadang-kala dia melintasi kanak-kanak yang sedang bermain permainan gagak pada waktu malam. Mereka tidak dapat melihat sesuatu sehinggalah dia berada di khalayak mereka. Kemudian dia akan menghentakkan kakinya. Diceritakan juga oleh Ibn Sa‘d  dalam kitab Tabaqat,  mengenai Abu Hurairah dari beberapa sumber.

(3) Abu Nu‘aim menceritakan dalam kitabnya, Hilyat al-Awliya’,  mengenai Abu Hurairah dengan sumbernya sampai kepada Tha‘labah bin Abi Malik al-Qarzi yang menceritakan: Abu Hurairah muncul di pasar membawa seikat kayu yang dijunjung di atas kepalanya sedangkan pada masa itu dia sedangkan menjalankan kewajiban sebagai pengganti Marwan, lalu dia melaungkan: “berilah laluan untuk gabenor, wahai Ibn Abi Malik.” Aku berkata kepadanya: Ini dah cukup untukmu.” Dia berkata sekali lagi: “ berilah laluan kepada gabenor,” dan ikatan kayu itu berada di atas kepalanya.
 
(4) Abu Nu‘aim turut menceritakan dalam Hilyat al-Awliya’,  mengenai Abu Hurairah menerusi Ahmad ibn Hanbal, dari Abi ‘Ubaidah Haddad, dari ‘Uthman al-Syahham dari farqad al-Sabkhi yang menceritakan: “ Abu Hurairah sedang melakukan Tawad sambil berkata:  “ Celakalah perutku ini, apabila aku memenuhkannya, ia menyusahkanku dan apabila aku mengosongkannya ia mencelakakanku.”

(5) Al-Zamakhsyari menceritakan dalam kitabnya, Rabi‘ al-Abrar bahwa Abu Hurairah biasanya mengatakan: “ Ya Allah, kurniakanlah gigi yang dapat mengunyah, perut yang hadam dan isi perut atau usus yang mudah kosong.”

(6) Dalam kitab yang sama, diceritakan bahwa Abu Hurairah suka akan Muzirah. Muzirah ialah sejenis makanan yang disediakan bersama susu yang menjadikannya masam. Justeru, biasanya dia makan bersama-sama Mu‘awiyah, tetapi apabila sampai waktu salat, dia akan mendirikan salat yang diimamkan ‘Ali (‘a.s). Apabila ditanyakan kepadanya dikatakan: “ Muzirah Mu‘awiyah sungguh enak dan indah sedangkan salat di belakang ‘Ali (‘a.s) memberikan pahala yang lebih.” Oleh karena alasan inilah, dia dikenali Syaikh al-Muzirah. Cerita ini menunjukkan bahwa Abu Hurairah ada dalam Perang Siffin, tetapi dia tetap mempertahankan keputusan yang tidak memihak di antara kedua-dua kumpulan dengan dua wajah dan dua lidah, yang bertujuan agar dia tidak memudaratkan dirinya untuk pergi kepada parti atau kumpulan yang menang pada akhirnya. 

    Masih terdapat satu tempat di antara Syria dan ‘Iraq berdekatan Siffin, sebuah binaan yang dikenali sebagai tempat Abu Hurairah. Orang ramai menceritakan bahwa sepanjang beberapa hari dalam Perang Siffin, Abu Hurairah  biasanya menunaikan salat bersama orang-orang ‘Ali (‘a.s), sementara makan pula bersama-sama Mu‘awiyah  dan ketika peperangan bertambah hebat, dia akan pergi ke kawasan berbukit yang berhampiran. Apabila ditanya mengenainya dia berkata: ‘Ali lebih mengetahui (alim), manakala Mu‘awiyah pula lebih selamat.”

(7) Abu Nu‘aim menceritakan dalam kitabnya,  Hilyat al-Awliya’ dari Abu ‘Uthman al-Nahdi bahwa pada suatu ketika, Abu Hurairah dalam perjalanan ketika orang ramai berhenti dan bersedia menyiapkan makanan. Mereka mencari Abu Hurairah yang sedang sibuk menunaikan salat. Lalu dia berkata: “ Aku berpuasa.” Ketika mereka hampir selesai, dia pun datang dan mulai makan. Orang ramai melihat kepada Rasulullah (s.‘a.w) yang berkata: “ Kenapakah kamu melihatku. Dia telah memberitahuku bahwa dia berpuasa.” Justeru Abu Hurairah berkata: “ Dia benar. Aku terdengar Nabi (s.‘a.w) bersabda: “ Berpuasa pada seluruh bulan Ramadan ditambahi berpuasa 3 hari dalam setiap bulan menjadikan seseorang seolah-olah berpuasa sepanjang masa,” dan aku telah berpuasa 3 hari dalam bulan itu. Lantaran itu, aku makan sebagai mengurangkan kesukaran dari Allah dan sedang berpuasa untuk menambahkan limpah rahmat dari-Nya.”

(8) Al-Bukhari telah menceritakan dalam kitab Sahihnya  dari Muhammad bin Sirin, dan demikianlah juga Abu Nu‘aim telah menceritakan dalam kitabnya, Hilyat al-Awliya’,  bahwa: “ Kami bersama-sama Abu Hurairah dan dia berpakaian dengan dua helai, diperbuat dari kain dari tumbuhan rami yang dengannya dia gunakan untuk membersihkan hidungnya. Kemudian dia berkata: “ Alangkah gembiranya Abu Hurairah sedang membersihkan hidungkan dengan kain tumbuhan rami, biarpun kamu telah menyaksikanku berdengkur di tempat antara mimbar Nabi (s.‘a.w) dan rumah ‘A’isyah sedangkan sesiapa pun boleh datang dann meletakkan kakinya ke tengkukku karena percaya aku gila. Sebenarnya ia bukanlah karena gila tetapi lebih karena kelaparan.”

(9) Perkara baru mengenainya adalah dia biasanya bermain sidr sejenis permainan. Ibn al-Athir menulis tentang pengertiannya dalam kamus besarnya, al-Nihayah seperti berikut: Seseorang telah dikatakan menceritakan: “ Aku lihat Abu Hurairah bermain Sidr…” Kemudian dia menambahkan: “ Sidr ialah sejenis permainan melibatkan perjudian…” Kamus besar, Lisan al-‘Arab turut memberikan  pengertian yang sama kepada perkataan tersebut dengan tambahan bahwa terdapat sebuah hadith oleh Yahya ibn Abi Kathir mengenainya hingga dikatakan: “ Sidr merupakan permainan syaitan yang lebih ringan bermaksud bahwa ia perbuatan syaitan.” 

(10) Berbicara mengenai pengertian Aqrab dalam kitab Hayat al-Hayawan, al-Damiri menyatakan bahwa ia permainan “ syatranj ” (catur) sambil menambahkan bahwa Saluki menceritakan ia sah dari ‘Umar ibn al-Khattab, khalifah kedua, Abu Basr serta Abu Hurairah, manakala Abu Hurairah bermain permainan ini sudah lumrah diketahui  dalam kitab-kitab hukum Islam. Dia juga turut mengatakan bahwa Ajiri telah menceritakan dari Abu Hurairah bahwa Nabi (s.‘a.w) bersabda: “ Sekiranya kamu melintasi orang-orang yang sedang bermain dengan permainan catur dan silap mata, jangan berikan salam kepada mereka.” 

0 komentar:

Posting Komentar