19 Mei 2012
Browse » Home »
abu hurairah
» . Beberapa mu‘jizat Nabi (s.‘a.w) yang menakjubkan
. Beberapa mu‘jizat Nabi (s.‘a.w) yang menakjubkan
Diposting oleh
cerdas alquran | Pada 19.21
Mu‘jizat Nabi (s.‘a.w) yang hakiki membingungkan bukan saja orang yang bijaksana dengan cahaya kebenarannya dan mengalahkan para penzalim yang besar di bumi ini dengan kecemerlangan sifat tabi‘inya dan penerimaan kejadian itu hingga menyebabkan mereka menundukkan kepala mereka dalam keadaan mengaku kalah dan mengakui kebesarannya.
Di sini ada beberapa contoh mu‘jizat:
(1) Ketika Nabi (s.‘a.w) mengutuskan ‘Ali (‘a.s) ke Yaman, baginda menepuk dada ‘Ali (‘a.s) dengan tangan baginda sambil berkata: “ Ya Allah, berilah petunjuk kepada hatinya dan perkukuhkan lidahnya.” ‘Ali (‘a.s) telah menceritakan bahwa selepas itu beliau tidak teragak-agak membuat keputusan di antara dua kumpulan.
(2) Ketika Allah mewahyukan ayat: “ agar diperhatikan oleh telinga yang mendengar,” Nabi (s.‘a.w) mengatakan kepada ‘Ali (‘a.s): “ Aku memohon Allah menjadikannya pada telingamu.” ‘Ali (‘a.s) telah menceritakan bahwa selepas itu beliau tidak lagi terlupa segala sesuatu dan bagaimana dapat beliau lupa?
(3) Pada peristiwa Khaybar, ‘Ali (‘a.s) memegang panji-panji, Nabi (s.‘a.w) berkata: “ Ya Allah, perkuatkanlah dia terhadap kepanasan mahupun kesejukan.” ‘Ali (‘a.s) berkata: “ Selepas dari itu, keadaan panas ataupun sejuk tidak lagi memberikan masalah kepadaku.” Pada hakikatnya, selepas itu ‘Ali (‘a.s) biasanya keluar pada musim sejuk dengan dua helai pakaian, sehelai kain dan selimut manakala pada musim panas pula dengan baju panjang luar yang agak tebal, memperlihatkan kebenaran mu‘jizat Nabi (s.‘a.w) dan meninggalkan kesan yang berkekalan. Keterangan ini diberikan oleh Imam Ahmad ibn Hanbal dalam kitab Musnadnya, juga oleh Ibn Abi Syaibah, Ibn Jarir dan lain-lain dan diakui benar dalam kitab Muntakhab Kanz al-‘Ummal pada bahagian tepi kitab Musnad oleh Imam Ahmad ibn Hanbal.
(4) Ketika Jabir mengadu kepada Nabi (s.‘a.w) mengenai hutang bapanya, dia pergi bersama-sama dengannya ke kawasan pembantingannya dan berpusing mengelilinginya sambil berdoa mengharapkan kemurahan di dalamnya. Kemudian dia duduk di sana dan para pemiutang juga turut datang ke sana. Baginda membayar semua hutang kepada mereka sementara bakinya masih ada untuk Jabir dalam jumlah yang sama dengan apa yang mereka kutip itu.
(5) Apabila Rasulullah (s.‘a.w) berkehendakkan kebaikan kepada seseorang, baginda akan berdoa untuknya, dan sekiranya berkehendakkan keburukan baginda akan memohon keburukan untuknya sebagaimana baginda lakukan terhadap Mu‘awiyah ketika baginda bersabda: “ Allah tidak akan memenuhkan perutnya, atau sebagaimana baginda lakukan terhadap Hakam bin Abi al-‘As.
Dalam mana-mana keadaan, kita tidak dapati mana-mana perbuatan Nabi (s.‘a.w) seperti yang pernah dilaporkan oleh Abu Hurairah yang terlalu jauh dari kebijaksanaan baginda yang begitu terserlah yang darinya, mata orang yang sesat turut memperolehi cahaya, dan darinya mercu ketinggian petunjuk biasanya muncul, seperti menyelesaikan kesukaran yang membingungkan dan menyimpangkan diri menerusi lorong-lorong kegelapan dan kejahilan.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar