Google info dan internet online

19 Mei 2012

Abu Hurairah mendakwa dia hadir sedangkan dia sebenarnya tidak hadir postheadericon

Diposting oleh cerdas alquran | Pada 19.15

Riwayat-riwayat Abu Hurairah turut diragukan karena dalam beberapa keadaan, dia mendakwa hadir di tempat itu sedangkan sebenarnya dia tidak hadir dan tidak mungkin dapat hadir karena alasan-alasan yang dapat ditolak lagi.

    Contoh, katanya: Aku memanggil Ruqaiyyah, anak perempuan Nabi (s.‘a.w), isteri ‘Uthman ketika dia sedang memegang sikat di tangannya. Katanya: “ Nabi (s.‘a.w) baru saja pergi dariku, selepas aku menyikat rambutnya. Dia berkata kepadaku: “ Bagaimana kamu mendapati Abu ‘Abdullah (yaitu ‘Uthman).” Aku berkata: “Baik.” Dia pun berkata: “ Layanilah dia dengan penuh hormat karena di kalangan sahabatku, dia mempunyai akhlak yang hampir sama denganku.”

    Al-Hakim telah menceritakan hadith ini dalam al-Mustadrak  dengan menyebutkan bahwa sumber  hadith tersebut adalah sahih tetapi teksnya (matan) tidak dapat dipercayai karena Ruqaiyyah telah wafat 3 tahun selepas Hijrah pada masa kemenangan al-Badr sedangkan Abu Hurairah  memeluk Islam selepas kemenangan Khaybar pada tahun 7 Hijrah. Kenyataan yang sama dicatatkan oleh al-Dhahabi dalam Talkhis al-Mustadrak mengenai hadith ini.

    Berhubung dengan sifat terlupa Nabi (s.‘a.w), Abu Hurairah menceritakan: Kami bersalat zuhr atau ‘Asr bersama-sama dengan Rasulullah (s.‘a.w) apabila baginda mengakhirinya dengan hanya dua raka‘at. Justeru itu, Dhu al-Yadain berkata kepada baginda: “ Adakah kamu mengqasarkan (memendekkan) salat atau kamu terlupa.” Namun demikian, Dhu al-Yadain telah pun mati syahid dalam peperangan al-Badr lama dahulu sebelum Abu Hurairah menganuti Islam seperti yang telah diperlihatkan sebelumnya.

    Banyak kali juga, Abu Hurairah mengucapkan kata-kata  ini untuk meraikan kejayaan: “Kami telah menakluki Khaybar, ketika dia tidak memperolehi emas atau perak sebagai harta rampas perang tetapi hanya bebiri dan kambing, lembu, unta dan sedikit harta seperti …….” Walaupun telah disepakati bahwa dia memang tidak pernah hadir pada masa penaklukan Khaybar. Oleh karena itulah, para pensyarah kedua-dua kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim turut sama meragui kesahihan ayat tersebut: “ kami menakluki Khaybar,” dan hanya benar-benar dapat mengambilnya sebagai merujuk kepada umat Islam secara umum.

    Biasanya, dia juga mengatakan: “ Kami mengambil bahagian dalam Perang Khaybar bersama-sama dengan Nabi (s.‘a.w)…”  Sebentar tadi telah pun disebutkan bahwa Abu Hurairah tidak pernah hadir dalam Perang Khaybar karena dia menganuti Islam selepas kemenangan di Khaybar.

    Dia juga turut berkata: “ Aku melihat 70 orang ahli Suffah, tiada seorang pun mempunyai sehelai kain menutupi badan mereka.” Kini, fakta menunjukkan bahwa  70 orang ahli Suffah telah mati syahid dalam Perang Bi’r al-Ma‘unah yang meletus pada bulan Safar tahun 4 selepas Hijrah lama sebelum Abu Hurairah menerima Islam atau datang dari tanah tumpah darahnya, Yaman. Bagaimanakah dia boleh mengatakan bahwa dia melihat mereka?

    Sememangnya cukup jelas bahwa Abu Hurairah biasanya menceritakan dari Nabi (s.‘a.w) apa yang dia sendiri tidak benar-benar mendengar dari baginda (s.‘a.w) dan dia turut menunjukkan dirinya hadir sedangkan dia memang tidak pernah hadir. Cukup menghairankan bahwa para pengarang Sahih telah memenuhkan kitab mereka dengan cerita-ceritanya tanpa mengambilkira atau mempertimbangkan aspek-aspek tabiatnya yang amat penting ini dalam menyampaikan riwayat hadith tersebut, dan tidak pula menguji hadith-hadith itu menurut ukuran yang diterimapakai bagi mengesan pemalsuan dan rekacipta sementara orang ramai pula pada umumnya hanya mengikut pengarang-pengarang kitab Sahih dan melakukan perkara yang sama berkaitan dengan hadith-hadith tersebut tanpa menguji kesahihan dan kebenarannya.

0 komentar:

Posting Komentar