عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ
الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم
يَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا
نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هـِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ
ورَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ
لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ
إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن
المغيرة بن بردزية البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذين من أصح الكتب المصنفة.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn
al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung
kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.
Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya
kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia
mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya,
maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli
Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn
Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara
kitab yang paling sahih.[1]
HADIS 2
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضًا قَالَ: ((
بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ
سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا
أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ
رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ، وَقَالَ:
يَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله
وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ،
وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ.
قَالَ صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي
عَنْ الإِيْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ، وَكُتُبِهِ،
وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ.
قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ
اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ. قَالَ:
فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ
السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِدَ الأَمَةُ
رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ
يَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ، فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ
قَالَ: يَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم.
قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ )) رواه مسلم.
Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau
berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah
SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang
memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak
pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami
yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan
kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua
paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.
Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada
Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau
mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan,
menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.
Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya,
dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan
kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya
kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan
bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah
engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda
bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau
melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu
bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang
ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.
Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda
bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan
melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki
ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng
berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian
lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai
'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah
dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah
Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim. [2]
HADIS 3
عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ
بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَليهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: (( بُنِيَ
الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدًا
رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ،
وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar
ibn al-Khatthab (رضي الله عنهما)
beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu teribna atas lima perkara: Naik
saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa
sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada
bulan Ramadhan.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam
Muslim.[3]
HADIS 4
عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ
رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله عليهِ وسَلَّمَ وهو
الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ
أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا نُطْفَةً، ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ،
ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ
فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ
وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إلهَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا
يَكُوْنَ بَيْنـَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكتِاَبُ
فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَكُمْ
لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا
إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ
اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn
Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah
seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu
dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani,
kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi
seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang
malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4
kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia
celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya
salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga
jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh
ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia
memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal
dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih
dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia
mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam
Muslim.[4]
HADIS 5
عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ
عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مَنْ أَحْدَثَ
فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ )) . رواه البخاري
ومسلم وفي رواية لمسلم: ((مَنْ عَمِلَ
عَمَلاً لَيْسَ عَليهُ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ )).
Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah
'Aisyah r.a. رضي الله عنها beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini,
yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam
Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi: Barangsiapa yang
mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia
tertolak.[5]
HADIS 6
عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر
رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم يَقُـــــوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ
مُشْتَبِهَاتٌ لا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى
الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي
الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى يُوشِكُ
أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِنَّ حِمَى
اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ
الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ
الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer
r.a. رضي
الله عنهما
beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang
jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara
kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang
kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat
maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan
barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam
perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan
larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa
setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah
perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu
ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila
ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
HADIS 7
عَنْ أَبِي رُقَـيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّيْنُ
النَّصِيْحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ،
وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus
al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk
siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk
para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
HADIS 8
عَنِ ابْنِ عُمَر رَضِيَ الله عَنْهُمَا، أَنَّ
رَسُوْلَ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ
النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله، وَأَنَّ مُحَمَّدًا
رَسُوْلُ اللهِ، وَيُقِيْمُوا الصَّلاةَ، وَيُؤْ تُـوا الزَّكَاةَ. فَإِذَا
فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ
الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ تعالى)) رواه البخاري ومسلم.
Daripada lbnu 'Umar r.a.رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Aku telah diperintahkan supaya memerangi
manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan
Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan
sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka
mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan
dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah
Ta'ala.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
HADIS 10
عَنْ أَبِي هُرَيْرَة
رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : (( إِنَّ الله تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبَا وَإِنَّ
الله أَمَرَ المُؤْمِنِيْنَ بِـمَا أَمَرَ بِهِ المُرْسَلِيْنَ فَقَالَ تَعَالَى:
{ يَآ أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا } [6] وَقَالَ تَعَالَى: { يَآ أَيُّهَا الَّذِيْنَ
آمَنُوْا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ } [7] ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ
أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَآء: يَا رَبّ! يَا رَبّ! وَمَطْعَمُهُ
حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِي بِالحَرَامِ،
فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَهُ! )) رواه مسلم.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak
menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan
orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di
mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan
yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman:
(Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik
yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang
lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang
menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!
Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya
haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
HADIS 11
عن أبي محمد الحسنِ بْنِ علِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ
سِبْطِ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وَسَلَّم وَرَيْحَانَتِهِ رَضِيَ الله
عَنْهُمَا قَالَ: حَفِظْتُ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ
وَسَلَّم : (( دَعْ مَا يَرِيْبُكَ إِلَى
مَا لاَ يَرِيْبُكَ)) رواه الترمذي والنسائي، وقال الترمذي: حديث حسن صحيح.
Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn
Abu Talib r.a.,رضي الله عنهما
cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah
menghafal daripada Rasulullah SAW hadis:
Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau
kepada apa yang tidak meragukan engkau.
Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai.
Al-Tarmizi berkata ia adalah hadis hasan sohih.
HADIS 12
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ:
قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ
المَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ)) حديث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin
ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.
Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh
al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.
HADIS 13
عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله
عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ
لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a.,
khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman
sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
HADIS 14
عَنْ اِبْنِ مَسْعُودٍ رَضِىَ الله عَنْه قَالَ: قَالَ
رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ
مُسْلِمٍ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: الثَّيِّبُ الزَّانِي، وَالنَّفْسُ
بِالنَّفْسِ، وَالتَّارِكُ لِدِيْنِهِ المُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ )) رواه البخاري
ومسلم.
Daripada lbnu Mas'uud r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda:
Darah seseorang muslim tidak halal kecuali
dengan salah satu dari tiga perkara; janda yang berzina, nyawa dengan nyawa dan
orang yang meninggalkan agamanya yang memisahkan diri daripada jamaah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
HADIS 15
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ
رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ
بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ
يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ
بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah
SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan
hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang
beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran
tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka
hendaklah dia memuliakan tetamunya.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
HADIS 16
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ
رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.
Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi
SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu
mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau
marah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.
HADIS 17
عَنْ أَبِي يَعْلَى شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ رَضِىَ الله
عَنْهُ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((إِنَّ الله
كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلَّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا
الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ، وَلْيُحِدَّ
أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، وَلْيُرِح ذَبِيْحَتَهُ )) رواه مسلم.
Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a.
daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan)
Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah
pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan
itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan
haiwan sembelihannya itu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
HADIS 18
عَنْ أَبِي ذَرٍّ جُنْدُبِ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي
عَبْدِ الرَّحْمَن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْلِ الله
صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: اتَّقِ الله حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ
السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ)) رواه
الترمذي وقال حديث حسن، وفي بعض النسخ حسن صحيح.
Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu
Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما daripada
Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di
mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan
menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi
pekerti yang baik.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau
berkata: la adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip, ia adalah Hadis Hasan
Sohih.
HADIS 19
عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: كُنْتُ
خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَالَ: (( يَا
غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله يَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله
تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ
فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ
يَنْفَعُوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ الله
لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ يَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ
إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ
الصُّحُفُ )) رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح، وفي رواية غير الترمذي (( اِحْفَظِ
الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي الرَّخَاءِ يَعْرِفْكَ فِي
الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا
أَصَابَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ،
وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ يُسْرًا))
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas,
r.a.رضي
الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada
suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu
ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan
memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu.
Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta
pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau
umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan
mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah
tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan
suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan
suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah
diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau
berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.
Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis
berbunyi:
Peliharalah Allah, nescaya engkau akan
dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan
mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak
menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia
tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran,
terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada
kesenangan.
HADIS 20
عَنْ أَِبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو
الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى
الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ
النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ )) رواه
البخاري.
Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru
al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan
Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika
engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.
HADIS 21
عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة
سفيان بن عبد الله t قال: قلت يا رسول الله! قل لي في الإسلام قولا لا
أسأل عنه أحد غيرك. قال : (( قل آمنت بالله ثم استقم )) رواه مسلم.
Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu
`Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan
untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada
orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah.
Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Makna Istiqomah :
-
perbetulkan aqidah - beriltizan dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya.
-
(Qurtubi) betul I’tiqad,
kata-kata dan perbuatan - beriltizam. (Fusshilat : 30).
2) Kelebihan Istiqomah :
-
diperluas/mudahkan rezeki di dunia (Fusshilat : 30-32) (al-Jin : 16).
-
diberi keamanan ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan.
-
dihilangkan kesedihan berpisah dengan keluarga.
-
didatangkan khabar gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga).
3) Istiqomah di atas Jalan yang Lurus
:
-
perintah Allah untuk nabi dan ummatnya supaya menepatu syara’ (Hud : 112).
i)
Istiqomah Hati :
- sebagai Raja kepada
Jasad, Istiqomahnya akan menentukan istiqomah yg lain.
ii)
Istiqomah Lidah :
-
sebagai penterjemah kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya.
-
sebagai renungan (qoof : 18), (al-Isra’ : 36).
Pengajaran hadis:
(1) Hadis menuntut agar seorang mukmin
sentiasa mengambil berat soal lman, tauhid dan aqidahnya, selalu memperbaharui
imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan lman yang
didakwa itu.
(2) lstiqamah bererti melalui suatu jalan
yang lurus, jitu dan tepat.
(3) lstiqamah dalam menunaikan tuntutan lman
adalah suatu jihad. Ramai orang lslam yang hanya mengaku beriman namun gagal
lstiqamah menunaikan tuntutan lman.
(4) lman dan lslam mempunyai konsep
pelaksanaan yang mudah tanpa berbelit-belit atau sukar difahami. Seseorang
hanya dituntut beriman kemudian beristiqamah melaksanakan lslamnya tanpa
berfalsafah. Amal dan lstiqamah menjadi sulit hanya apabila iman yang diukir
hanya di bibir atau di hujung lidah semata-mata.
HADIS 22
عن أبي عبد الله جابر بن عبد
الله الأنصاري رضي الله عنهما، أن رجلا سأل رسول الله e فقال: أرأيت إذا صليت
المكتوبات وصمت رمضان وأحللت الحلال، وحرمت الحرام، ولم أزد على ذلك شيئا، أدخل
الجنة؟ قال نعم )) رواه مسلم. ومعنى حرمت الحرام اجتنبته، ومعنى أحللت الحلال
فعلته معتقدا حله.
Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah
al-Ansarie r.a., رضي الله عنهما
(beliau meriwayatkan):
Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan
Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan
sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan
perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan
menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda
bersabda: Ya!
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Yang bertanya ialah : Nu’man bin Qauqal(sahabat) -
menyertai perang Badar/syahid dalam perang Uhud.Keimanannya terhadap syurga dan
apa yang dijanjikan oleh Allah telah mendorong beliau untuk bertanya Nabi
tentang hadis ini.
2) Menunaikan Solat Fardhu :
-
wajib berjamaah di masjid - pendapat kebanyakan sahabat/ tidak ada sahabat yang
khilaf.
-
solat yang paling dicuaikan oleh orang munafiq (( Isyak dan Subuh)) - kalau
mereka tahu fadhilatnya nescaya mereka akan usha untuk mendapatkannya, walaupun
dalam keadaan merangkak.
3) Wajib puasa Ramadhan :
-
4) Yakin - mengharamkan apa yang dihalalkan
oleh Allah - hukumnya kufur.
5) Yakin - menghalalkan apa yang diharamkan
oleh Allah - hukumnya kufur.
Bentuk-bentuk haram dita’birkan dengan nama yang berlainan:
Antaranya maksiat, dosa, khotar dll.
Didatangkan dalam bentuk :
i)
Larangan (nahyu) - misal (Hujuraat : 12 )
ii)
Janji buruk ke atas pembuat (wa’iid) - (Aali ‘Imran : 77 ).
iii)
Lafaz tahrim - An-Nisaa’ : 23 ) .
Penghalalan dan pengharaman adalah hak Allah
- dia yang mengetahui apa yang baik bagi manusia di dunia dan di akhirat -
sesiapa yang menceroboh haknya akan diazab.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis menerangkan betapa apabila seorang
mukmin benar-benar menunaikan segala tanggungjawab agama yang fardhu dengan
sempurna, menghalalkan perkara yang
halal dan mengharamkan perkara yang haram, dia akan masuk syurga walaupun dia
tidak melakukan amalan-amalan sunat yang lain. lni adalah kemurahan dan rahmat
Allah SWT terhadap hamba-hambaNya.
(2) Hanya melaksanakan amalan fardhu tanpa
yang sunat di sini ertinya melakukannya dengan sempurna tanpa cacat, tanpa
meninggalkannya atau mencuaikannya.
(3) Menghalalkan perkara yang halal dan
mengharamkan perkara yang haram bukan hanya dengan lidah tetapi hendaklah
secara praktik, iaitu dengan mengerjakan apa yang halal kalau dia mahu dan
menjauhkan segala perkara yang haram.
HADIS 23
عن أبي مالك الحارث بن عاصم
الأشعري t قال: قال رسول الله e : (( الطهور شطر
الإيمان، والحمد لله تملأ الميزان، وسبحان الله والحمد لله تملآن أو تملأ ما بين
السماء والأرض، والصلاة نور، والصدقة برهان، والصبر ضياء، والقرآن حجة لك أو عليك،
كل الناس يغدو فبائع نفسه فمعتقها أو موبقها )) رواه مسلم.
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim
al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah
dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.
Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah
sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia
keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan
ada pula yang mencelakakan dirinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Pokok Perbincangan Hadis :
1. Kebersihan sebahagian iman : (pendapat
ulama’)
a)
pahala pada kebersihan - berganda sehingga separuh pahala iman.
b)
yang dikehendaki ialah meninggalkan perkara dosa dan maksiat (an-Nahl: 56).
Yang
dimaksudkan di sini ialah wudhu’.
c)
bersih dari hadas besar dan kecil samada dengan air atau tayammun, dan yang
dikehendaki
iman itu ialah solat.
d)
yang dimaksudkan dengan bersih itu ialah wudhu’ - menghapuskan dosa-dosa
kecil.
2. Galakkan mengingati Allah ;
Pengajaran hadis:
(1) lslam amat menitikberatkan soal
kebersihan, sehingga menganggapnya sebahagian daripada lman.
(2) Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan
keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi. Ada amalan yang
menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang menjadi
pemberat mizannya dan sebagainya.
(3) Setiap manusia dalam kegiatan hariannya
mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau kecelakaan. Ada yang menjual
dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan dan pula ada yang
menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan.
HADIS 24
عن أبي ذر الغفاري t عن
النبي e فيما يرويه عن ربه عز وجل أنه قال: يا عبادي! إني حرمت الظلم على
نفسي، وجعلته بينكم محرما فلا تظالموا، يا عبادي! كلكم ضال إلا من هديته فاستهدوني
أهدكم، يا عبادي! كلكم جائع إلا من أطعمته فاستطعموني أطعمكم، يا عبادي! كلكم عار
إلا من كسوته فاستكسوني أكسكم، يا عبادي! إنكم تخطؤون بالليل والنهار وأنا أغفر
الذنوب جميعا، فاستغفروني أغفر لكم، يا عبادي! إنكم لن تبلغوا ضري فتضروني ولن
تبلغوا نفعي فتنفعوني، يا عبادي! لو أن أولكم وآخركم وإنسكم وجنكم كانوا على أتقى
قلب رجل واحد منكم، ما زاد ذلك في ملكي شيئا، يا عبادي! لو أن أولكم وآخركم وإنسكم
وجنكم كانوا على أفجر قلب رجل واحد منكم، ما نقص ذلك من ملكي شيئا، يا عبادي! لو
أن أولكم وآخركم وإنسكم وجنكم قاموا في صعيد واحد فسألوني فأعطيت كل واحد مسألته
ما نقص ذلك مما عندي إلا كما ينقص المخيط إذا أدخل البحر، يا عبادي! إنما هي
أعمالكم أحصيها لكم، ثم أوفيكم إياها، فمن وجد خيرا فليحمد الله، ومن وجد غير ذلك
فلا يلومن إلا نفسه )) رواه مسلم.
Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada
Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah
SWT bahawa Dia berfirman:
Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku
mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu
sebagai suatu perkara yang diharamkan,
maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali
orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat dariKu.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar kecuali
orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu nescaya
Aku akan berikan kamu makan.
Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang
kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian
daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian.
Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya kamu
bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa, maka mintalah
keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu.
Wahai hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu
tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga kamu boleh memudharatkan Aku.
Wahai hamba-hambaKu! Dan selama-lamanya kamu
tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat
kepada Aku.
Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang
yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu,
sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling
bertaqwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam
kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang
yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu,
sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat
di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam
kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang
yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu,
sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta
daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang
dari kalangan mereka permintaannya, nescaya hal itu tidak mengurangkan
sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air laut
apabila dicelupkan sebatang jarum.
Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya
hanya amalan kamu yang Aku akan
perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka
barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan
barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali
mencela dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Hadis qudsi ini mempunyai banyak pengajaran
antaranya:
(1) Zalim adalah suatu sifat keji yang
diharamkan Allah SWT ke atas diriNya dan ke atas hamba-hambaNya. Barangsiapa
yang melakukan kezaliman bererti dia telah melampaui batasan yang digariskan
oleh Allah SWT.
(2) Semua hamba adalah berhajat dan
bergantung penuh kepada kurniaan dan kemurahan Allah SWT. Dialah Tuhan yang
memberikan petunjuk, memberikan rezeki, memberi pakaian dan Dia juga Tuhan Yang
Maha Pengampun segala dosa hamba-hambaNya. Sesungguhnya rahmat Allah sentiasa
mendahului murkaNya.
(3) Segala permohonan hendaklah hanya
diajukan kepada Allah SWT, sama ada permohonan meminta hidayah, rezeki, makanan
dan pakaian juga permohonan agar diampunkan segala dosa.
(4) Sesungguhnya Allah SWT Maha Gagah
Perkasa. Manusia sekali-kali tidak mampu memberikanNya manfaat dan mudharat.
(5) Segala perbuatan manusia sama ada
ketaqwaan atau kejahatan, walaupun pada tahap yang paling maksimum dan paling
dahsyat, semuanya tidak akan menambah atau menjejaskan kedudukan Allah SWT
walaupun sedikit.
(6) Segala kurniaan Allah kepada seluruh
manusia dan jin, biar betapa banyak sekalipun, ia tidak akan mengurangkan apa
yang dimilikiNya walaupun sedikit. la hanya umpama air yang terlekat pada
sebatang jarum kerdil yang dijunamkan ke lautan luas.
(7) Setiap amalan manusia akan dihitung satu
persatu oleh Allah SWT dan Dialah yang akan menyempurnakan pembalasannya, sama
ada balasan baik mahupun buruk.
HADIS 25
عن أبي ذر t أيضا
(( أن أناسا من أصحاب رسول e قالوا للنبي e : يا رسول الله ذهب أهل
الدثور بالأجور: يصلون كما نصلي، ويصومون كما نصوم، ويتصدقون بفضول أموالهم. قال:
أو ليس قد جعل لكم ما تصدقون: إن لكم بكل تسبيحة صدقة، وكل تكبيرة صدقة، وكل
تحميدة صدقة، وكل تهليلة صدقة، وأمر بالمعروف صدقة ونهي عن منكر صدقة وفي بضع
أحدكم صدقة. قالوا : يا رسول الله أيأتي أحدنا شهوته ويكون له فيها أجر؟ قال:
أرأيتم لو وضعها في حرام أكان عليه وزر فكذلك إذا وضعها في الحلال كان له أجر ))
رواه مسلم.
Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau
meriwayatkan):
Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW
berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat
banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa
sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka.
Baginda bersabda: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu
boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah,
setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah,
setiap kali tahlil itu adalah sedekah,
menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada
kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya Rasulullah!
Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala?
Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada
tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia
melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Pengajaran hadis:
(1) Para sahabat Rasulullah SAW telah
menunjukkan suatu teladan yang baik di mana mereka sering berlumba-lumba mahu
melakukan kebaikan.
(2) Setiap amalan soleh mempunyai nilaiannya
yang tersendiri di sisi Allah SWT dan ia tidak akan dipersia-siakan sama
sekali.
(3) Banyak amalan soleh yang boleh dilakukan
bagi menambahkan pahala kebajikan seperti bertasbih iaitu mengucap (سبحان الله ), bertahmid iaitu mengucap (الحمد لله), bertahlil iaitu mengucap (لا إله إلا الله), menyuruh orang berbuat
ma'aruf dan mencegah kemungkaran. Semuanya diberikan pahala sedekah sehinggakan
melakukan hubungan sekspun dianggap sedekah! Kerana kalau dia berzina, dia
dianggap berdosa dan akan menerima azab. Alangkah indahnya ajaran lslam.
(4) Bagi orang-orang kaya yang mempunyai
lebihan harta, mereka hendaklah selalu bersedekah, lebih-lebih lagi kalau
mereka terlalu sibuk dengan urusan harta sehingga kurang bermasa untuk
melakukan amal ibadat sunat yang lain.
(5) Seorang kaya yang suka bersedekah dan
rajin pula melakukan ibadat sunat seperti berzikir yang dianjurkan dalam hadis
ini, dia sudah tentu akan mendapat ganjaran dan darjat yang lebih tinggi di
sisi Allah SWT.
HADIS 26
عن أبي هريرة t قال:
قال رسول الله e : (( كل سلامى من الناس عليه صدقةٌ كل يوم تطلع فيه
الشمس، تعدل بين اثنين صدقة، وتعين الرجل في دابته فتحمله عليها، أو ترفع له عليها
متاعه صدقة، والكلمة الطيبة صدقة، وبكل خطوة تمشيها إلى الصلاة صدقة وتميط الأذى
عن الطريق صدقة )) رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda:
Setiap anggota badan manusia adalah sedekah
baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu
mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah,
engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke
atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap
langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan
menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Pengajaran hadis:
(1) Seperti hadis 25, hadis ini menerangkan
bahawa setiap amal perbuatan mukmin walaupun kadang-kadang dianggap biasa atau sedikit,
akan mendapat pahala sedekah.
(2) Seorang mukmin boleh mendapat pahala
sedekah hasil setiap pergerakan anggota tubuh badannya. Tangannya, kakinya,
mulutnya dan akalnya berhak mendapat pahala sedekah apabila melakukan amal
kebajikan.
(3) Ruang untuk mendapatkan pahala dalam
lslam amat luas dan tidak hanya terbatas kepada amal ibadat khusus semata-mata,
sehingga kadang-kadang tidak disangka bahawa sesuatu perbuatan yang dianggap
biasa menjadi ibadat dan diberikan pahala.
HADIS 27
عن النواس بن سمعان t عن
النبي e قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك وكرهت أن يطلع
عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد t قال: (( أتيت رسول الله e فقال:
( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس واطمأن
إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حديث حسن رويناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada
Nabi SAW baginda bersabda:
Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan
dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain
mengetahuinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau
berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda:
Engkau datang mahu bertanya tentang
kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu.
Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram
terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu
dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu
dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan
al-Daarimie dengan isnad yang baik.
Pengajaran hadis:
(1) Kebajikan atau kebaikan ialah perkara
yang hati seorang mukmin merasa tenang dan baik, sedangkan kejahatan atau dosa
pula ialah apa yang hatinya merasa keluh kesah, gementar dan merasa takut
kalau-kalau diketahui oleh manusia. Seorang mukmin, dengan firasat hatinya
boleh menduga baik buruk sesuatu perkara. Walau apapun pandangan orang lain,
dia lebih berhak membuat pendirian berdasarkan iman dan firasatnya. Namun
perasaan dan firasatnya itu tidak boleh bertukar menjadi hukum syara' atau
fatwa yang memestikan orang lain mengikutinya. la hanya boleh digunakan untuk
dirinya sendiri. Kebaikan atau kebajikan yang diberikan kelonggaran untuk kita
meminta fatwa hati ialah kebajikan yang masih kesamaran, adapun yang memang
sudah ada nas yang jelas, maka ia mesti dianggap kebaikan biarpun hati berat
menerimanya. Demikian juga keburukan yang sudah ada nas yang jelas, ia tidak
boleh dipertikaikan atau ditakwil lagi berdasarkan perasaan dan firasat hati.
Perasaan hati hanya boleh dipakai apabila selari dengan kaedah hukum syara' dan
selagimana tidak bercanggah dengan hukum hakam agama.
HADIS 28
عن أب نجيح العرباض بن سارية t قال:
(( وعظنا رسول الله e موعظة وجلت منها القلوب، وذرفت منها العيون فقلنا:
يا رسول الله كأنها موعظة مودع فأوصنا. قال: أوصيكم بتقوى الله عز وجل، والسمع
والطاعة وإن تأمر عليكم عبد، فإنه من يعش منكم بعدي فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم
بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين، عضوا عليها بالنواجذ، وإياكم ومحدثات
الأمور، فإن كل بدعة ضلالة )) رواه أبو داود والترمذي وقال: حديث حسن صحيح.
Daripada Abu Najih al-'lrbadh ibn Sariyah
r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah menasihati kami suatu
nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan airmata. Kami berkata: Ya
Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat tinggal,
maka berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya
bertaqwa kepada Allah 'Azza Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu
diperintah oleh seorang hamba. Sesungguhnya, barangsiapa di kalangan kamu yang
masih hidup nanti, necaya dia akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah
kamu mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa' Rasyidin yang mendapat hidayat.
Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah
tersebut) dan berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang
diada-adakan, kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap
bid'ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu dalam neraka.
Hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi.
al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Pengajaran hadis:
(1) Ucapan nasihat dan peringatan adalah
penting dalam kehidupan umat lslam. Pengajaran dan peringatan hendaklah
disampaikan secara bersungguh-sungguh dan berkesan agar ia memberikan kesan
positif kepada para pendengar.
(2) Rasulullah SAW berwasiat dalam hadis ini
beberapa perkara penting, antaranya; supaya bertaqwa kepada Allah SWT, patuh
dan taat kepada pemerintah biarpun dia adalah orang yang berasal dari keturunan
bawahan atau hamba 'abdi, kerana yang penting apa yang diperintahkan, bukan
orang yang memerintah.
(3) Masalah melantik hamba abdi menjadi ketua
masih diperselisihkan oleh para ulama, namun Rasulullah SAW menyebut hal ini
bagi menunjukkan peri pentingnya tuntutan patuh dan taat bagi seorang mukmin
terhadap ketuanya selagimana perintahnya tidak bertentangan dengan syara'.
(4) Umat akhir zaman diancam oleh
perselisihan dan perpecahan. Justeru itu Nabi SAW berpesan agar umat Baginda
berpegang teguh dengan sunnah Baginda SAW dan sunnah para khulafa' Rasyidin.
Baginda menyeru mereka agar menggigit sunnah-sunnah tersebut. Ungkapan ini
memberi erti betapa perlunya berpegang teguh dengan sunnah Nabi dan Khulafa'
Rasyidin serta menjauhkan perkara bid'ah yang sesat, perkara yang diada-adakan
dalam agama kerana semua bid'ah adalah kesesatan yang akhirnya membawa
pengamalnya ke lembah neraka.
HADIS 29
عن معاذ بن جبل t قال:
قلت : (( يا رسول الله! أخبرني بعمل يدخلني الجنة ويباعدني عن النار. قال: لقد
سألت عن عظيم، وأنه ليسير على من يسره الله تعالى عليه: تعبد الله لا تشرك به
شيئا، وتقيم الصلاة، وتؤتي الزكاة، وتصوم رمضان، وتحج البيت. ثم قال: ألا أدلك على
أبواب الخير؟ الصوم جنة، والصدقة تطفئ الخطيئة كما يطفئ الماء النار، وصلاة الرجل
في جوف الليل، ثم تلا { تتجافى جنوبهم عن المضاجع } حتى بلغ { يعملون } ثم قال :
ألا أخبرك برأس الأمر وعموده وذروة سنامه؟ قلت بلى يا رسول الله. قال: رأس الأمر
الإسلام، وعموده الصلاة، وذروة سنامه الجهاد. ثم قال: ألا أخبرك بملاك ذلك كله؟
بلى يا رسول الله فأخذ بلسانه وقال: كف عليك هذا. قلت: يا نبي الله، وإنا لمؤاخذون
بما نتكلم به؟ فقال: ثكلتك أمك! وهل يكب الناس في النار على وجوههم، أو قال على
مناخرهم إلا حصائد ألسنتهم؟ )) رواه الترمذي وقال: حديث حسن صحيح.
Daripada Mu'az ibn Jabal r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku
suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku
daripada api neraka. Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu
perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang
dipermudahkan Allah; iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya
dengan sesuatu, engkau mendirikan
sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke
Baitullah. Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa
pintu kebajikan? Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat madamkan dosa seumpama
air memadamkan api dan sembahyang seorang lelaki di tengah malam. Kemudian
Baginda membaca ayat al-Qur'an yang bererti: (Tulang-tulang rusuk mereka telah
renggang dari tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan perasaan
takut dan penuh harapan dan mereka membelanjkan sebahagian rezeki yang Kami
kurniakan kepada mereka. Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan
bagi mereka yang terdiri daripada perkara yang menyejukkan mata sebagai balasan terhadap amalan yang mereka telah
lakukan). Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu
tunggak segala amal, tiang-tiangnya dan puncaknya? Aku berkata: Mahu ya
Rasulullah! Baginda bersabda: Tunggak amalan ialah lslam, tiang-tiangnya ialah
sembahyang dan puncaknya ialah jihad. Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau
mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? Aku berkata: Mahu ya
Rasulullah! Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda
ini! Aku berkata: Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang
dibicarakannya? Baginda bersabda: lbumu akan kehilanganmu wahai Mu'az! Tiadalah
manusia itu dihumbankan mukanya - atau Baginda bersabda - dihumbankan batang
hidungnya ke dalam api neraka kecuali kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau
berkata ia adalah hadis sahih.
Pengajaran hadis:
(1) Berdasarkan hadis ini, amalan yang boleh
memasukkan seseorang hamba ke dalam syurga ialah menunaikan rukun-rukun lslam,
iaitu benar-benar beriman kepada Allah tanpa syirik dan beriman kepada
Rasulullah SAW, sembahyang, zakat, puasa Ramadhan dan ibadat haji.
(2) Pintu-pintu kebajikan pula sangat banyak,
antaranya yang disebut dalam hadis ini ialah berpuasa kerana ia adalah perisai
yang melawan hawa nafsu bagi seorang mukmin. Selain itu ialah sedekah yang
ikhlas kerana Allah kerana ia dapat memadamkan dosa seumpama air memadamkan
api. Pintu kebajikan seterusnya ialah sembahyang di waktu tengahmalam.
(3) lbadat pada waktu tengah malam sangat
afdhal dan amat dituntut ke atas setiap individu muslim. la dapat menguatkan
keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah. la dapat memberikan sinar air
muka yang bercahaya bagi orang yang melakukannya. Allah SWT telah memuji orang
yang suka beribadat pada waktu tengah malam dalam banyak ayat termasuk ayat
yang dipetik dalam hadis ini.
(4) Tunggak segala perkara ialah lslam,
tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. Seorang mukmin sejati
mesti melaksanakan tuntutan-tuntutan ini dengan baik walau apapun cabaran dan
rintangan.
(5) Kunci segala perkara pula ialah menjaga
lidah. Lidah adalah antara anggota badan yang paling banyak terdedah melakukan
maksiat. Barangsiapa yang dapat menjaga lidahnya daripada angkara jahat dan
maksiat, Baginda Rasulullah SAW menjamin bahawa dia akan dapat masuk syurga.
Setiap patah perkataan yang dituturkan oleh lidah akan dipersoalkan Allah SWT.
Ramai manusia yang dihumbankan ke neraka akibat celupar lidah.
HADIS 30
عن أبي ثعلبة الخشني جرثوم بن
ناشر t عن رسول الله e قال: (( إن الله تعالى
فرض فرائض فلا تضيعوها، وحد حدودا فلا تعتدوها، وحرم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن
أشياء رحمة لكم غير نسيان، فلا تبحثوا عنها )) حديث حسن رواه الدارقطني وغيره.
Daripada Abu Tha'labah al-Khusyanie Jurthum
ibn Nasyer r.a. daripada Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan
beberapa fardhu maka janganlah kamu menghilangkannya (iaitu janganlah kamu
mempersia-siakannya dan meninggalkannya), Dia telah menentukan beberapa
batasan, maka janganlah kamu melampauinya, Dia telah mengharamkan beberapa
perkara, maka janganlah kamu mencabulinya dan Dia tidak menyatakan hukum
tentang beberapa perkara, maka janganlah kamu cuba menyelidikinya.
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh
al-lmam al-Daraqutnie dan lain-lain. [8]
Pengajaran hadis:
(1) Setiap mukmin dituntut supaya mematuhi
titah perintah Allah SWT sama ada berbentuk suruhan fardhu mahupun larangan
haram. Hadis tersebut mengingatkan setiap mukmin agar memelihara dengan baik
segala amalan fardhu yang Allah SWT fardhukan, jangan sampai dipersiakan atau
dihilangkan begitu sahaja.
(2) Demikian pula Allah menentukan beberapa
batasan dan beberapa perkara haram, maka setiap mukmin dituntut agar
benar-benar menjaga sempadan halal haram ini, jangan sampai dia mencabuli
perkara haram apatah lagi kalau sampai menghalalkan perkara haram.
(3) Di samping itu, Allah SWT mendiamkan
beberapa perkara iaitu tidak menyatakan halal haramnya secara jelas, maka
janganlah kita menyusahkan diri mencari hukumnya. Allah berbuat demikian bukan
kerana lupa, bahkan sebagai rahmat buat umat manusia demi memberi kemudahan
bagi manusia. Hukum perkara yang ditinggalkan hukum halal haramnya adalah
harus, iaitu boleh dilakukan.
HADIS 31
عن أبي العباس سهل بن سعد
الساعدي t قال: (( جاء رجل إلى النبي e فقال: يا رسول الله!
دلني على عمل إذا عملتع أحبني الله وأحبني الناس. فقال: ازهد في الدنيا يحبك الله،
وازهد فيما عند الناس يحبك الناس )) حديث حسن رواه ابن ماجه وغيره بأسانيد حسنة.
Daripada Abu al-'Abbas Sahlu ibn Sa'ad
al-Saa'idie r.a. beliau berkata:
Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW
lalu berkata: Wahai Rasulullah! Tunjukkan daku suatu amalan yang apabila aku
lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. Baginda
bersabda: Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan
zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mengasihimu.
Hadis riwayat lbnu Majah dan lain-lain dengan
sanad-sanad yang baik. [9]
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menerangkan suatu sifat penting
yang harus ada pada diri setiap mukmin iaitu sifat zuhud.
(2) Zuhud terhadap dunia mempunyai banyak
pengertian di kalangan ulama tasauf antaranya ialah membenci, berpaling, meninggalkan
dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia serta mengosongkan hati dari
mengingati perkara dunia.
(3) Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia,
bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa yang dimiliki oleh
manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. lni bukan
bererti membenci sehingga suka agar kesenangan orang lain hilang kerana itu
hasad dengki yang amat dilarang.
(4) Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan
dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah tidak menjadikan dunia
dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya memenuhi dunia
seumpama yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman
ibn 'Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya,
bukan benda-benda selainNya.
HADIS 32
عن أبي سعيد سعد بن سنان
الخدري t : أن رسول الله e قال: (( لا ضرر ولا ضرار
)) حديث حسن رواه ابن ماجه والدارقطني وغيرهما مسندا ورواه مالك في الموطأ مرسلا
عن عمرو بن يحيى عن أبيه عن النبي e فأسقط أبا سعيد وله طرق
يقوي بعضها بعضا.
Daripada Abu Sa'id ibn Malik ibn Sinan
al-Khudrie r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak ada mudharat dan tidak boleh melakukan
kemudharatan.
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh
al-lmam lbnu Majah dan al-Daraqutnie dan lain-lain. la juga diriwayatkan oleh
al-lmam Malik dalam kitab Muwattha'nya.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menjelaskan suatu prinsip utama
dalam kehidupan lslam, iaitu jangan mencari mudharat dan menyebabkan
kemudharatan terhadap orang lain. la adalah suatu prinsip yang agung demi
kesejahteraan umat manusia semuanya sama ada muslim atau bukan muslim.
(2) Seseorang mukmin dilarang mencari susah
atau mudharat yang boleh menimpa dirinya sendiri atau menimpa orang lain. Agama
lslam menggalakkan umatnya mencari keharmonian hidup. Sebarang angkara yang
membawa mudharat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung, segera
atau lambat, sedikit atau banyak semuanya dilarang.
HADIS 33
عن ابن عباس رضي الله عنهما
أن رسول الله e قال: (( لو يعطى الناس بدعواهم لادعى رجال أموال
قوم ودماءهم، لكن البينة على المدعي، واليمين على من أنكر )) حديث حسن رواه
البيهقي وغيره هكذا وبعضه في الصحيحين.
Daripada lbnu 'Abbas r.a.(رضي الله عنهما) bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:
Sekiranya manusia diberikan setiap tuntutan
dan dakwaan mereka, nescaya ramai orang akan menuntut harta dan darah kaum lain
(iaitu menuntut bunuh balas), akan tetapi mestilah tuntutan itu berbukti
keterangan bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang tidak mengaku.
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh
al-lmam al-Baihaqie dan lain-lain sedemikian dan sebahagiannya terdapat dalam
kitab sahih Bukhari dan Muslim.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menerangkan sikap dan tabiat
buruk kebanyakan manusia di mana mereka gemar mendakwa sesuatu yang bukan milik
mereka. Sekiranya semua dakwaan mereka dituruti, nescaya akan kecohlah sistem
kehidupan manusia. Secara tidak langsung ia membayangkan bahawa banyak
persengketaan, pergaduhan malah pembunuhan dan peperangan yang berlaku di
kalangan manusia membabitkan soal harta benda dan kekayaan.
(2) Untuk menghadapi kes tuntutan dan dakwaan
seumpama ini, lslam membawa suatu kaedah kehakiman yang bijaksana iaitu setiap
orang yang mendakwa sebarang tuntutan mestilah mengemukakan bukti keterangan
menyokong dakwaannya sementara orang yang didakwa pula mestilah bersumpah
menafikan tuduhan tersebut.
(3) Agama lslam adalah agama yang adil dan
menyelesaikan masalah umatnya secara adil dan saksama.
HADIS 34
عن أبي سعيد الخدري t قال:
سمعت رسول الله e يقول: (( من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم
يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه. وذلك أضعف الإيمان )) رواه مسلم.
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau
berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu
kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia
tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak
mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah
selemah-lemah iman.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Pengajaran hadis:
(1) Menunaikan tanggungjawab dakwah iaitu
menyeru kepada perkara ma'aruf dan mencegah kemungkaran adalah suatu kewajipan
ke atas seorang mukmin yang tidak harus dipandang enteng, kerana kecelakaan
akan menimpa seluruh umat sekiranya kemungkaran dibiarkan terus merebak.
(2) Barangsiapa yang melihat suatu
kemungkaran berlaku di depan matanya, dan dia berkuasa mencegahnya sama ada
dengan tangannya atau dengan lidahnya maka dia berkewajipan mencegah
kemungkaran tersebut. Dia berdosa membiarkan kemungkaran tersebut berlalu tanpa
sebarang tindakan atau percubaan mahu mencegahnya, kecuali kalau dia tidak
mampu atau kerana dibimbangi akan membawa kemudharatan kepada dirinya apabila
dia mencegah mungkar itu.
(3) Mencegah mungkar hanya dengan hati, iaitu
dengan membencinya dan berazam mahu mencegahnya pada suatu masa nanti kalau dia
mampu adalah tahap iman yang paling lemah.
HADIS 35
عن أبي هريرة t قال:
قال رسول الله e (( لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا يبع
بعضكم على بيع بعض، وكونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا يظلمه ولا
يخذله، ولا يكذبه، ولا يحقره، التقوى ههنا، ويشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من
الشر أن يحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه )) رواه
مسلم.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu
menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah
sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi
hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang
muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan),
membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk
ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan
apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim
itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menganjurkan satu cara hidup
bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian hidup, iaitu cara hidup
yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.
(2) lslam melarang umatnya dari saling hasad
dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau memulau kerana semua sifat ini
adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru hara dan
perpecahan dalam masyarakat. Masyarakat akan hancur sekiranya setiap anggota
mempunyai sifat-sifat buruk seumpama ini.
(3) lslam juga melarang seseorang memotong jual
beli saudaranya sehingga dia selesai membuat keputusan sama ada mahu meneruskan
jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu dibatalkan, maka
bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam
demi memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul
permusuhan akibat perbuatan memotong urusniaga orang lain.
(4) Umat lslam digesa hidup sebagai hamba
Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan hak saudaranya dengan
sempurna. Antara hak saudara seagamanya ialah bahawa dia tidak menzaliminya,
tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau
menghinanya. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka
menghina saudaranya.
(5) Taqwa adalah perkara tersembunyi yang ada
di dada seseorang, ia bukannya suatu perkara yang boleh didakwa. Taqwa tidak
seharusnya didakwa-dakwa bahkan ia adalah perkara tersembunyi di dada, namun ia
dapat dikesan berdasarkan amalan seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya
akan melakukan amalan soleh dan berakhlak mulia.
HADIS 36
عن أبي هريرة t عن
النبي e قال: (( من نفس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا نفس الله عنه كربة من
كرب يوم القيامة، ومن يسر على معسر يسر الله عليه في الدنيا والآخرة، ومن ستر
مسلما ستره الله في الدنيا والآخرة، والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه،
ومن سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له طريقا إلى الجنة، وما اجتمع قوم في بيت
من بيوت الله يتلون كتاب الله ويتدارسونه بينهم، إلا نزلت عليهم السكينة وغشيتهم
الرحمة، وحفتهم الملائكة، وذكرهم الله فيمن عنده ومن بطأ به عملُه لم يسرع به نسبه
)) رواه مسلم بهذا اللفظ.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW,
Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin
daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan
melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat.
Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan
mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup
ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan
akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka
menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu
kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil
mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana
ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka
akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka
kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat
amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan
lafaz ini.
Pengajaran hadis:
(1) lslam adalah agama tolong menolong, bantu
membantu dan saling memperkuat antara satu sama lain. Faktor inilah merupakan
teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam yang
silam.
(2) lslam menggalakkan umatnya agar selalu
melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam kesusahan
hidup dan melindunginya serta memelihara ke'aibannya daripada disebarluaskan di
kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan Allah balasan yang setara
dan setimpal dengan perbuatannya.
(3) Allah akan sentiasa menolong
hamba-hambaNya selagimana mereka suka tolong menolong sesama mereka.
(4) llmu adalah cahaya menuju ke syurga.
Barangsiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah menjanjikan baginya
kemudahan menuju jalan ke syurga.
(5) Berkumpul dan mengkaji al-Qur'an dan ilmu
di masjid adalah antara amalan yang amat diberkati Allah. Para malaikat turun
mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka mendapat
penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka kepada para
penghuni langit.
(6) Sesungguhnya manusia dimuliakan dan
memasuki syurga dengan amalannya dan rahmat Allah, bukannya dengan keturunan.
Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan jahatnya menyusahkannya di
akhirat nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak mampu sama sekali memberi
syafa'at kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat lslam agar
berbekal dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti.
HADIS 37
عن ابن عباس رضي الله عنهما
عن رسول الله e فيما يرويه عن ربه تبارك وتعالى قال: (( إن الله
كتب الحسنات والسيئات، ثم يبين ذلك، فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله عنده حسنة
كاملة، وإن هم بها فعملها كتبها الله عنده عشر حسنات، إلى سبعمائة ضعف، إلى أضعاف
كثيرة، وإن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله عنده حسنة كاملة، وإن هم بها فعملها
كتبها الله سيئة واحدة )) رواه البخاري ومسلم في صحيحيهما بهذه الحروف.
فانظر يا أخي! وفقنا الله
وإياك إلى عظيم لطف الله تعالى، وتأمل هذه الألفاظ. وقوله (عنده) إشارة إلى
الاعتناء بها، وقوله (كاملة) للتأكيد وشدة الاعتناء بها. وقال في السيئة التي هم
بها ثم تركها: (( كتبها الله عنده حسنة كاملة) فأكدها بكاملة، (وإن عملها كتبها سيئة
واحدة) فأكد تقليلها بواحدة، ولم يؤكدها بكاملة. فلله الحمد والمنة سبحانه لا نحصي
ثناء عليه وبالله التوفيق.
Daripada lbnu 'Abbas r.a. رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan
suatu riwayat dari Allah SWT. Allah berfirman:
Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal
kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia memperjelaskannya; maka barangsiapa
yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya,
Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya.
Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya,
Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda dan
sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu
mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis
di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu
mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan
itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari
dan Muslim dalam kitab sahih mereka dengan lafaz ini.
Lihatlah wahai saudaraku! Semoga Allah
memberikan taufiq kepada kami dan kepadamu ke arah mencapai kelembutan Allah
Taala yang agung, dan renungilah lafaz-lafaz ini (iaitu lafaz-lafaz hadis ini).
Lafaz (عنده) yang
bererti “di sisi-Nya” menunjukkan inayah Allah terhadapnya (iaitu hasanah yang
dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu berbuat kebajikan, atau perbuatan
hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba meninggalkan perbuatan
jahat yang dia terniat mahu melakukannya - penterjemah).
Lafaz (كاملة) yang bererti “sempurna” adalah bertujuan untuk
menegaskan dan menunjukkan kuatnya inayah Allah dengannya (iaitu hasanah yang
dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu berbuat kebajikan, atau perbuatan
hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba meninggalkan perbuatan
jahat yang dia terniat mahu melakukannya - penterjemah).
Dia berkata dalam soal kejahatan yang
seseorang hamba terlintas mahu melakukannya kemudian dia tidak jadi
melakukannya : (كتبها الله عنده حسنة
كاملة) yang
bererti “Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya”. Dia
menegaskan pembalasan hasanah itu dengan lafaz “sempurna” sementara dalam
ungkapan berikutnya : (وإن
عملها كتبها سيئة واحدة)
yang bererti “Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia
melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu
kejahatan sahaja”. Dia menegaskan gambaran meyedikitkan balasan dosa itu dengan
diberikan sifat “satu”. Segala pujian dan kurniaan bagi Allah SWT yang kita
tidak mampu menghitung puja-puji ke atasnya. وبالله التوفيق .[10]
Pengajaran hadis:
(1) Sesungguhnya
Allah adalah Tuhan yang amat adil lagi amat pemurah. Dia membalas satu
perbuatan baik dengan sepuluh kebajikan dan hanya membalas satu maksiat dengan
satu dosa. Satu kebajikan yang terlintas di hati seseorang tanpa dilaksanakan,
Allah tetap mengurniakannya satu pahala, sedangkan kalau seseorang berniat mahu
melakukan maksiat, dia tidak akan diberi dosa sehingga dia benar-benar
melaksanakan lintasan dan niat hatinya itu. Lebih dari itu, sekiranya seseorang
berniat mahu melakukan maksiat, lalu dibatalkan niatnya itu, dia dikurniakan
satu pahala. Alangkah agungnya kurniaan Allah.
(2) Kemurahan
Allah tiada batasannya. Sepuluh pahala yang dikurniakan bagi suatu amalan baik
berpeluang untuk menerima ganjaran tambahan daripada Allah sampai 700 kali
ganda dan boleh digandakan lebih banyak daripada itu. Hadis ini secara tidak
langsung menggesa umat lslam agar merebut peluang keemasan yang ditawarkan oleh
Allah SWT ini selagi dia mampu berbuat demikian sebelum maut datang menjemput.
(3) Saham yang
ditawarkan oleh Allah adalah suatu saham pelaburan akhirat yang pasti tidak
akan rugi, malah keuntungannya dijamin dan berlipatganda sampai beratus dan
beribu kali ganda, namun ramai manusia yang tidak menyedarinya dan mengutamakan
pelaburan dunia.
HADIS 38
عن أبي هريرة t قال:
قال رسول الله e : (( إن الله تعالى قال: من عادى لي وليا فقد آذنته
بالحرب، وما تقرب إليَّ عبدي بشيء أحب إليَّ مما افترضته عليه، ولا يزال عبدي
يتقرب إليَّ بالنوافل حتى أحبه، فإذا أحببته كنتُ سمعه الذي يسمع به، وبصره الذي
يبصر به، ويده التي يبطش بها، ورجله التي يمشي بها، ولئن سألني لأعطينه ولئن
استعاذني لأعيذنه )) رواه البخاري.
Daripada Abu
Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya
Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka
Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub
(iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai
lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa
bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku
mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya
yang dia mendengar sesuatu dengannya,
jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia
melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia
meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan
dariKu nescaya Aku akan melindunginya.
Hadis
diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Pengajaran hadis:
(1) Amalan yang
paling disukai Allah ialah amalan fardhu yang Dia fardhukan ke atas
hamba-hambaNya.
(2) Seorang
mukmin seharusnya hanya melakukan amalan sunat apabila dia telah membereskan
amalan fardhunya terlebih dahulu. Sekiranya dia asyik mengerjakan amalan sunat
dengan mengabaikan amalan fardhu, maka dia telah menyalahi tuntutan syara'.
(3) Seseorang
hamba boleh meningkat maqamnya di sisi Allah SWT sehingga menjadi kekasihNya
dengan memperbanyakkan amalan sunat dan berterusan mengamalkannya sehingga
Allah benar-benar mengasihinya.
(4) Seorang wali
Allah atau kekasih Allah, perbuatannya akan sentiasa terpelihara. Segala
tingkah lakunya seolah-olah lahir dari Allah. Penglihatannya, pendengarannya,
perbuatannya dan pergerakannya semuanya seolah-olah cernaan dari penglihatan,
pendengaran, perbuatan dan pergerakan Allah SWT. Oleh kerana itu, wali Allah
mesti dikasihi oleh setiap mukmin, barangsiapa yang memusuhinya, maka Allah
akan mengisytiharkan perang terhadapnya.
HADIS 39
عن ابن عباس رضي الله عنهما:
أن رسول الله e قال: (( إن الله تجاوز لي عن أمتي الخطأ والنسيان
وما استُكْرهوا عليه )) حديث حسن رواه ابن ماجه والبيهقي وغيرهما.
Daripada lbnu
'Abbas r.a.رضي
الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:
Sesungguhnya
Allah telah mengampunkan - demi keranaku - dari umatku perbuatan yang dilakukan
secara tersilap, terlupa dan secara paksaan.
Hadis ini hadis
hasan diriwayatkan oleh al-lmam lbnu Majah dan al-Baihaqie dan lain-lain.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini
juga menjelaskan betapa besar dan luasnya Rahmat dan belas kesian Allah SWT
terhadap hambaNya. Dia hanya mempertanggungjawabkan mereka dosa yang dilakukan
secara sedar, sengaja dan dengan kemahuan sendiri tanpa paksaan.
(2) la juga
menerangkan suatu dasar perundangan dan kehakiman di sisi lslam yang
mengutamakan keadilan, di mana perbuatan yang dilakukan secara tidak sengaja tanpa disedari, atau
kerana dipaksa dia tidak akan diberikan dosa..
HADIS 40
عن ابن عمر رضي الله عنهما
قال: (( أخذ رسول الله e بمنكبي، فقال كن في الدنيا كأنك غريب أو عابر
سبيل)) وكان ابن عمر رضي الله عنهما يقول: (( إذا أمسيت فلا تنتظر الصباح، وإذا
أصبحت فلا تنتظر المساء، وخذ من صحتك لمرضك، ومن حياتك لموتك )) رواه البخاري.
Daripada lbnu
'Umar r.a. رضي
الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW
telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah
engkau seorang perantau atau musafir lalu.
lbnu 'Umar r.a.
pernah berkata:
Apabila engkau
berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi
dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu
(ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu
dan masa hidupmu untuk matimu.
Hadis
diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Pengajaran hadis:
(1) Kehidupan di
dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu,
manusia diminta agar mengambil berat soal akhirat dan mengambil dunia seumpama
seorang musafir lalu atau seorang dagang, yang hanya membawa barang keperluan
di perjalanan, bukan membawa semua barang-barang.
(2) Seorang
mukmin tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada
panggilan maut pada bila-bila masa. Dia semesti sentiasa berwaspada menghadapi
maut. Apabila pagi tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup hingga ke petang dan
apabila tiba waktu petang, dia merasa seola-olah dia tidak sempat menghirup
udara pagi esoknya.
(3) Larangan
memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna
lslam menghalang kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan penganutnya menjadi
hartawan dan negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi dengan syarat
menjadi seorang mukmin dan negara lslam yang bertaqwa. Kemajuan dan kekayaan
adalah untuk Allah.
HADIS 41
عن أبي محمد عبد الله بن عمرو
بن العاص رضي الله عنهما قال: قال رسول الله e : (( لا يؤمن أحدكم حتى
يكون هواه تبعا لما جئت به )) حديث حسن صحيح رويناه في كتاب الحجة بإسناد صحيح.
Daripada Abu
Muhammad Abdullah ibn 'Amru ibn al-'Aas r.a.
رضي الله
عنهما beliau berkata: Rasulullah SAW
telah bersabda:
Seseorang kamu
tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang
aku bawa.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini
menerangkan salah satu daripada tuntutan lman, iaitu mestilah hawa nafsunya
tunduk dan menurut ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Sekiranya dia mengutamakan hawa nafsunya daripada mengamalkan ajaran lslam,
menyintai maksiat daripada amal kebajikan, maka lmannya tidak sempurna.
(2) Ungkapan
'tidak benar-benar beriman' bererti imannya tidak sempurna dan masih cacat atau
tempang, bukan bererti dia jatuh kufur. Dia hanya jatuh kufur apabila dia
menafikan atau menolak mana-mana ajaran lslam.
(3) Mujahadah
hawa nafsu adalah mujahadah yang berat yang tidak tertanggung kecuali oleh
orang yang benar-benar ikhlas beriman dan menyintai Allah dan RasulNya.
HADIS 42
عن أنس t قال:
سمعت رسول الله e يقول: (( قال الله تعالى: يا ابن آدم، إنك ما
دعوتني ورجوتني غفرت لك، على ما كان منك، ولا أبالي. يا ابن آدم، لو بلغت ذنوبك
عنان السماء، ثم استغفرتني غفرت لك، يا ابن آدم، إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطايا
ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا لأتيتك بقرابها مغفرة )) رواه الترمذي وقال: حديث حسن
صحيح.
Daripada Anas
r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala
berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan
Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit
kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai
anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan
dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau
mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu
keampunan sepenuh isi bumi.
Hadis riwayat
al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini
menjelaskan betapa besar dan luasnya Rahmat dan belas kesian Allah SWT yang
tidak terbatas bagaikan lautan tidak berpantai.
(2) Allah
berjanji akan mengampunkan segala dosa hamba-hambaNya yang berdosa walau berapa
banyak dosa tersebut dengan syarat mereka berdoa, minta ampun dan mengharapkan
keampunanNya dan dengan syarat dia mati dalam lman, tidak mensyirikkan Allah
dengan sesuatu.
(3) Syirik adalah
dosa besar paling dahsyat yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT walaupun
semasa di dunia dia seorang yang baik, beramal soleh dan melakukan banyak
kebajikan. Amal soleh tidak memberi apa-apa erti apabila dihimpunkan berserta
syirik. Sebaliknya, orang-orang yang melakukan dosa yang bertimbun banyaknya,
dia masih mempunyai harapan untuk mendapat kurnia dan pengampunan Allah SWT,
Tuhan yang Maha Pengampun dengan sebab kelebihan imannya.
(4) Hadis ini
tidak bertujuan menggalakkan orang-orang mukmin melakukan dosa, sebaliknya ia
hanya menunjukkan peri betapa besar dan luasnya rahmat dan keampunan Allah SWT.
[1] Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada
bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain
dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah
Bab : إنما الأعمال بالنية)e(باب قوله hadis
nombor 1908.
[2] Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9
dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan
shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah,
no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة
المبشرين , no: 346.
[3] Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya
dalam Kitab (al-Iman) bab
(باب الإيمان وقول النبي
صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس)) hadis nombor 8. Al-Imam Muslim dalam bab (باب بيان أركان الإسلام ودعائمه العظام) hadis nombor 16.
[4] Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء الخلق (باب ذكر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam (القدر) dan dalam (الأنبياء) . Al-Imam Muslim
meriwayatkannya di awal kitab (القدر)
bab (باب كيفية خلق الآدمي) nombor 2643.
[5] Al-Imam al-Bukhari dalam kitab (كتاب
الصلح) bab (باب
إذا اصطلحوا على صلح جور) nombor 2550. Al-Imam Muslim dalam kitab (كتاب الأقضية) bab (باب نقض الأحكام الباطلة ورد محدثات الأمور) nombor 1718.
[6] Surah al-Mukminun: 51.
[7] Surah al-Baqarah: 172.
[8] Hadis ini walaupun hadis yang mempunyai
‘illah (iaitu hadis yang mempunyai ‘illah iaitu sebab yang tersembunyi lagi
mencacatkan nilai hadis dengan terkumpul dua syarat (1) wujud kekelabuan dan
ketersembunyian (2) ada kecacatan. Hukum hadis mu’allal ini ialah dha’if. Lihat
Taisir Mustalah Hadis, Dr. Mahmud al-Thahhan) namun di sana masih banyak
riwayat-riwayat lain yang memperkuatkan hadis ini. Al-Bazar telah meriwayatkan
dalam sanadnya, begitu juga al-Hakim meriwayatkan riwayat seumpamanya daripada
Abu Darda’ . Al-Bazar berkata: “Isnadnya bagus, al-Tarmizi telah meriwayatkan
hadis seumpamanya daripada Abu ‘Uthman al-Nahdie daripada Sulaiman, sebagaimana
ia juga diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada hadis Ibnu ‘Abbas. Lihat notakaki
buku (Syarah Hadis 40 Nawawi) karangan al-Imam Ibnu Daqiq, Maktabah al-Turath
al-Islamie, Kaherah,1987 pada takhrij hadis ini.
[9] Hadis ini adalah daripada riwayat Khalid ibn
‘Umar dan al-Qurasyie daripada Sufian daripada al-Thauri Abu Hazim daripada
Sahl. Al-Imam Ahmad berkata berkenaan dengan Khalid : Dia adakah orang yang
mungkar dalam riwayatnya, dia meriwayatkan cerita-cerita batil. Ibnu Ma‘in pula
berkata dia adalah pendusta. Saleh ibn Muhammad dan Ibnu ‘Adie menghubungkannya
(Khalid) sebagai orang yang mereka-reka hadis palsu. Lihat notakaki buku
(Syarah Hadis 40 Nawawi) karangan al-Imam Ibnu Daqiq, Maktabah al-Turath
al-Islamie, Kaherah,1987 pada takhrij hadis ini.
[10] Sampai di sini adalah terjemahan hadis ke 37
berserta sedikit huraian al-Imam Nawawi terhadap hadis tersebut - penulis.
[11] Nama penuh Kitab al-Hujjah di sini ialah (الحجة على تاركي سلوك طريق المحجة)
karangan al-Syeikh Abu al-Fath Nasr ibn Ibrahim al-Maqdisie al-Syafi’ie
al-Faqih al-Zahid. Kitab ini ialah kitab Usuluddin berasaskan kepada kaedah
ahli Hadis dan Sunnah.
0 komentar:
Posting Komentar