19 Mei 2012
Browse » Home »
abu hurairah
» . Dongeng ketiga tentang akibat baik mensyukuri nikmat dan akibat buruk menafikannya
. Dongeng ketiga tentang akibat baik mensyukuri nikmat dan akibat buruk menafikannya
Diposting oleh
cerdas alquran | Pada 19.07
Al-Bukhari menceritakan bahwa Abu Hurairah meriwayatkan dari Nabi (s.‘a.w) bahwa:
“ Terdapat tiga (3) orang dari Bani Israil, seorang penghidap kusta, seorang berkepala botak dan seorang buta, yang Allah bertujuan untuk menguji. Lalu Dia mengutuskan malaikat kepada mereka. Dia datang kepada si penghidap kusta dan berkata: “ Apakah perkara yang paling kamu ingini?” Katanya: Orang menganggapku kotor. Oleh itu, aku ingin mempunyai warna dan kulit yang cantik. Lalu malaikat menggosoknya dan berlalu pergi. Dia dikurniakan warna dan kulit yang cantik. Kemudian dia berkata: Apakah sesuatu yang amat menghendaki? Jawabnya: “Unta.” Lalu dia memberikannya seekor unta yang jinak, sambil berkata: “Moga Allah merahmatimu dengannya.”
Kemudian dia (malaikat) pergi kepada orang yang berkepala botak dan berkata: “ Apakah yang sangat inginkan? Katanya: “ Rambut yang cantik karena orang ramai memandangku jijik. Dia pun menggosoknya dengan memberikannya rambut yang cantik. Kemudian katanya: Apakah pula sesuatu yang kamu ingin miliki? Katanya: “ Seekor lembu.” Lalu dia mengurniakannya seorang lembu yang bunting dan berkata: “ Moga Allah memberkatimu dengannya.”
Kemudian dia (malaikat) pergi kepada si buta dan berkata: “ Apakah yang kamu sangat inginkan? Dia berkata: “ Aku harap Allah mengembalikan penglihatanku.” Lalu dia menyapunya dan Allah mengembalikan penglihatan kepadanya. Kemudian dia berkata: “ Apakah sesuatu yang ingin kamu miliki?” Katanya: “ Kambing.” Lalu, dia memberikannya seekor kambing yang hampir melahirkan anak. Justeru kedua-dua binatang itu membiak manakala yang ini juga turut demikian. Seorang mempunyai sekawan unta, yang lain pula lembu manakala yang ketiga kambing.
Kemudian malaikat datang kepada si penghidap kusta dalam keadaan asalnya dan berkata kepadanya: Aku seorang yang amat memerlukan sesuatu. Sumber pendapatanku semakin merosot sepanjang perjalananku dan hari ini tiada sesiapa yang dapat aku hampiri kecuali Allah dan kamu. Aku memohon kepadamu atas nama Allah yang menganugerahimu warna kulit yang cantik dan bersih dan unta-unta yang kamu miliki agar dapat membantuku dalam perjalananku. Dia membalas: Ada banyak permintaan. Katanya: Aku kenal kamu. Bukankah kamu seorang penghidap kusta? Orang ramai memandangmu kotor jijik dan mengenepikanmu. Kemudian Allah memberikanmu semua ini. Katanya: Aku warisinya dari orang tuaku. Katanya: Sekiranya kamu berdusta, Allah akan jadikanmu seperti keadaanmu sebelumnya.”
Kemudian dia mendekati si kepala botak dalam keadaan asalnya dan berkata kepadanya sebagaimana yang dikatakan kepada orang yang pertama dan dia memberikan jawapan yang hampir sama lalu akhirnya dia mengungkapkan kata-kata: Sekiranya kamu berdusta, Allah akan menjadikanmu seperti keadaanmu sebelumnya.”
Lalu dia menghampiri si buta dalam keadaan asalnya dan berkata: Aku seorang peminta sedekah dan musafir. Sumberku sudah semakin merosot sepanjang perjalanan dan tiada orang yang dapat aku dekati kecuali Allah dan kamu. Aku mohon kepadamu dengan nama Allah, yang mengembalikan penglihatanmu, seekor kambing yang dengannya aku dapat akhiri perjalanan ini. Katanya: Aku buta tetapi Allah mengembalikan penglihatanku. Aku tidak punya apa-apa. Dia menjadikanku kaya. Lalu kamu ambillah apa saja yang kamu kehendaki. Demi Allah, aku tidak akan menahanmu dengan sesuatu yang aku ambil atas nama Allah. Dia kemudian berkata: Ambillah apa saja yang kamu ada, karena aku datang untuk menguji kamu semua. Allah gembira dengan kamu dan murka dengan kedua-dua sahabatmu.”
Kritikan
Jelaslah ini merupakan cerita khayalan yang direka oleh Abu Hurairah dari sekian banyak cerita yang pada masa ini ditulis dan dipopularkan, dan ia bertujuan untuk menggambarkan akibat bersyukur atas kurniaan Allah dan juga akibat mengkufuri nikmat-Nya
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar