Google info dan internet online

19 Mei 2012

Sebuah lagi cerita khayalan tentang kebaikan memenuhi sumpah postheadericon

Diposting oleh cerdas alquran | Pada 19.06

Al-Bukhari  telah menceritakan bahwa Abu Hurairah meriwayatkan dari Nabi (s.‘a.w) bahwa:

“ Seorang lelaki dari Bani Isra’il meminta seorang yang lain dari Bani Isra’il supaya meminjamkannya 1000 dinar.  Dia memintanya membawakan saksi yang akan mempersaksikannya. Dijawab: Cukuplah Allah menjadi saksi. Kemudian katanya: Dalam hal ini, kamu bawalah seorang penjamin.” Dia berkata: “ Cukuplah Allah sebagai penjamin.” Katanya: “ Kamu benar,” lalu dia meminjamkannya untuk suatu jangkamasa tertentu. Orang itu menuju ke laut lepas dan menjalankan urusniaganya. Kemudian dia mencari alat pengangkut untuk membawanya sampai kepada orang itu pada masa yang dijanjikan, tetapi dia menjumpai alat pengangkut itu. Lalu dia mengambil kayu panjang dengan membuat suatu lubang di dalamnya, meletakkan 1000 dinar ke dalamnya bersama-sama sekeping nota untuk sahabatnya dan selepas menutupnya, dia membawanya ke laut. Lantas, dia melaungkan: “ Ya Allah, pastinya Engkau mengetahui  bahwa aku meminta si-polan dan si-polan meminjamkanku 1000 dinar. Dia memintaku mendapatkan penjamin dan aku berkata: Memadailah Allah sebagai penjamin lalu dia bersetuju. Kemudian dia memintaku mendatangkan saksi dan aku berkata: Memadailah Allah sebagai saksi dan dia juga bersetuju. Kemudian, aku cuba dapatkan alat pembawa untuk mengembalikan wangnya tetapi aku tidak mendapatinya, lalu aku sekarang ini menyerahkannya kepadamu.”  Lantaran itu, dia membuangkannya ke dalam laut sehingga ia tidak lagi kelihatan, dan dia pula kembali. Sekarang, orang yang meminjamkan wang itu kepada lelaki tersebut sedang mencari alat pengangkut yang telah lama hilang. Ketika dia terjumpa alat pengangkut itu, yang mengandungi wangnya, dia membawanya pulang kepada kaum keluarganya, malangnya apabila dia memotongnya dia menjumpai duit dan sekeping nota.   


Kritikan

Suatu yang pasti adalah ia terlalu jauh dari kebenaran sama sekali untuk dipercayai. Membuang beribu dinar ke laut tidak dapat diterima dalam Islam dan tidak dapat diterima akal, dan tidak juga dapat melepaskan peminjam itu dari tanggungan untuk membayar balik hutang sekiranya duit tidak sampai kepada pemberi pinjaman. Logik akal menunjukkan ia adalah perbuatan bodoh atau gila dan menganggapkannya tidak patut berlaku sama sekali.  Walaupu sekiranya ia diandaikan insiden itu sebenarnya berlaku di kalangan Bani Isra’il atau sesiapa jua, Nabi (s.‘a.w)  tentulah tidak akan menceritakannya tanpa sebarang peringatan agar tidak melakukan, karena sekiranya baginda menceritakannya tanpa sebarang peringatan – seperti versi riwayat itu menyatakan – umatnya pasti terperangkap dalam kesalahan, dan perbuatan mengabaikannya bagi Nabi (s.‘a.w) merupakan sesuatu yang tidak mungkin berlaku sama sekali.

    Tambahan pula, Abu Hurairah merekacipta cerita khayalan dengan tujuan supaya memenuhi janji dan mengaitkannya kepada Nabi (s.‘a.w) menjelaskan perihal dirinya sendiri.

0 komentar:

Posting Komentar