19 Mei 2012
Browse » Home »
abu hurairah
» Hamba Abu Hurairah semasa penghijrahannya
Hamba Abu Hurairah semasa penghijrahannya
Diposting oleh
cerdas alquran | Pada 19.04
Al-Bukhari telah menyampaikan riwayat menerusi sumber-sumbernya sampai kepada Abu Hurairah bahwa dia menceritakan:
“ Apabila aku menuju kepada Nabi (s.‘a.w), aku merasakan dalam perjalanan itu: “ Malam yang panjang dan menjemukan, walaupun aku terselamat dari tempat kekufuran.” Katanya lagi: Semasa dalam perjalanan, seorang hambaku lari.. Kemudian aku sampai kepada Nabi (s.‘a.w) dan memberikan salam kepadanya. Ketika aku bersama-sama baginda, hamba itu muncul. Nabi (s.‘a.w.) berkata kepadaku: Wahai Abu Hurairah, inikah hambamu? Aku berkata: Dia kini bebas demi Allah, lalu aku membebaskannya.
Sudah pasti Abu Hurairah membingungkan pemahaman orang ramai ketika dia cuba mengatakan bahwa dia dibesarkan sebagai anak yatim, berpindah sebagai seorang peminta sedekah, bekerja dengan lelaki dan wanita tersebut untuk mendapatkan makanan untuk mengalas perutnya, biasa mengendalikan tunggangan mereka ketika mereka menunggang dan menurunkan mereka ketika mereka hendak turun, dan kemudian pada masa yang sama dia mendakwa memiliki hamba yang dibebaskannya atas nama Allah. Kelihatan kedudukannya adalah bahwa dia menceritakan hadith ini sepanjang hari-hari terakhir dalam hidupnya ketika dia memperolehi layanan istimewa Marwan dan keluarga Abu Sufyan, hingga menyebabkannya terlupa keadaannya sendiri semasa hari-hari perpindahannya atau sebelum ataupun selepas itu ketika dia tidak mempunyai apa-apa, memberikan khidmat kepada orang ramai untuk mengisi perutnya dan bukan pula seorang yang dikenali ramai.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

0 komentar:
Posting Komentar