19 Mei 2012
Browse » Home »
abu hurairah
» Abu Hurairah semasa zaman pemerintahan ‘Ali (‘a.s)
Abu Hurairah semasa zaman pemerintahan ‘Ali (‘a.s)
Diposting oleh
cerdas alquran | Pada 18.34
Pada zaman pemerintahan Amir al-Mu’minin ‘Ali (‘a.s), Abu Hurairah berdiam diri dan bersembunyi sama seperti pada permulaan hidupnya dahulu. Dia tidak menyertai tentera ‘Ali (‘a.s), sebaliknya menasihat dan membantu musuh-musuhnya. Pada ketika Mu‘awiyah merancangkan pemberontakan menentang ‘Ali (‘a.s), Abu Hurairah dan al-Nu‘man bin Basyir berada bersama-sama Mu‘awiyah di Syria. Mu‘awiyah mengutuskan kedua-duanya kepada ‘Ali (‘a.s), meminta beliau (‘a.s) menyerahkan para pembunuh ‘Uthman kepadanya supaya dia dapat mengadili mereka. Mu‘awiyah tahu bahwa ‘Ali (‘a.s) tidak akan berbuat demikian tetapi dia bermaksud apabila kedua-duanya kembali nanti, mereka akan menjadi saksi terhadap keengganan ‘Ali (‘a.s) menyerahkan para pembunuh ‘Uthman dan dia akan mendakwanya di khalayak ramai di Syria, dengan mempersalahkan ‘Ali (‘a.s) dalam perkara ini, dan menyokong rancangan Mu‘awiyah menentang ‘Ali (‘a.s).
Mu‘awiyah berkata kepada mereka berdua: “ Pergilah kepada ‘Ali dan beritahu kepadanya dengan nama Allah bahwa sekiranya beliau (‘a.s) menyerahkan para pembunuh ‘Uthman yang berada dalam perlin-dungannya kepada kita, peperangan di antara kita tidak akan terjadi. Sebaliknya, kalau beliau (‘a.s) enggan, kamu menjadi saksi-saksi Allah ke atasnya dan berada di hadapan orang ramai untuk menceritakan semuanya.”
Justeru, kedua-duanya pergi menemui ‘Ali (‘a.s). Kemu¬dian, Abu Hurairah berkata kepada beliau: “ Wahai Abu al-Hasan, sesungguhnya Allah telah mengurniakan keutamaan dan kemuliaan kepadamu dalam Islam karena engkau merupakan sepupu Rasulullah (s.‘a.w). Kami telah diutuskan oleh sepupumu dengan suatu permintaan, bahwa peperangan sudah semakin hampir, dan Allah boleh menghentikan permusuhan ini sekiranya engkau menyerahkan para pembunuh sepupunya yaitu ‘Uthman kepada Mu‘awiyah, supaya dia boleh menjatuhkan hukuman bunuh ke atas mereka dan Allah nanti akan dapat menyatukan dan mententeramkan kedua-dua belah pihak. Dengan demikian, umat manusia akan terselamat dari fitnah dan perpecahan.
Seterusnya, al-Nu‘man menyusul dengan menegaskan perkara seumpamanya. Selepas itu, ‘Ali (‘a.s) berkata kepada mereka berdua: “ Jangan berkata seperti ini lagi. Al-Nu‘man, beritahukan kepada¬ku, adakah engkau orang yang terbaik untuk memberikan petunjuk dari kalangan kaummu, Ansar?” Dia lalu menjawab: “ Tidak.” Lantaran itu, ‘Ali (‘a.s) pun mengatakan: “ Ketahuilah bahwa setiap orang dari kalangan kaummu telah mengikutiku kecuali beberapa orang yang tersisih. Adakah kamu mahu dirimu termasuk dalam golongan yang tersisih?” Al-Nu‘man membalas: “ Moga-moga Allah mengurniakan kebaikan kepadamu. Sesungguhnya aku datang untuk berada di pihakmu dan tetap bersama-samamu. Mu‘awiyah telah menyuruhku mengucapkan semua ini kepadamu, sedangkan aku berharap mendapat peluang menemuimu dan turut menyertaimu. Aku bermohon juga agar Allah mewujudkan persefahaman di antara kamu berdua. Seandainya pendapatmu berbeza, aku rela bersama-samamu dan akan tetap berada di pihakmu.”
Ahli-ahli sejarah mencatatkan bahwa ‘Ali (‘a.s) tidak berca¬kap dengan Abu Hurairah yang kemudiannya kembali ke Syria dan memberikan amaran kepadanya tentang situasi tersebut. Lalu Mu‘awiyah mengarahkannya memberikan peringatan kepada orang ramai mengenai hal tersebut dan dia terus melaksanakannya seperti yang diingini Mu‘awiyah. Al-Nu‘man tetap bersama-sama ‘Ali (‘a.s) tetapi kemudian, dia melarikan diri ke Syria (Syam) dan menceritakan semuanya kepada orang ramai di sana.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

0 komentar:
Posting Komentar